Review Buku: Rich Dad’s Escape The Rat Race – Edisi Bahasa Melayu

Escape The Rat Race

Kelmarin sewaktu saya membeli buku untuk dibaca, saya ternampak sebuah buku yang bagus untuk anak-anak saya baca. Buku Rich Dad’s Escape The Rat Race karangan Robert Kiyosaki ¬†adalah sebuah buku berilustrasi (komik) yang bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada apa yang bakal mereka hadapi sewaktu mereka sudah besar dan mula bekerja kelak. Saya sangat yakin yang … Read more

7 Cara Bagaimana Nak Elakkan Perangkap Hutang

Hutang

Ya, saya pernah juga terjebak dengan hutang kad kredit sebelum ini. Bukan kerana boros, tetapi terpaksa menggunakannya untuk waktu kecemasan. Saya telah memberhentikan tabiat saya bergantung dengan kad kredit untuk digunakan pada waktu kecemasan apabila saya mula membangunkan dana kecemasa saya sendiri. Ini kerana saya sedar, dengan kebergantungan saya kepada kad kredit untuk dana kecemasan, … Read more

3 Tabiat Duit Yang Membezakan Antara Kaya Dan Miskin

Jim Rohn Quote

Antara nasihat Jim Rohn yang masih terngiang-ngiang di telinga saya sampai sekarang ialah “Mengapa tidak bekerja sepenuh masa untuk profesyen anda dan bekerja separuh masa untuk bina kemewahan anda?” Dengan keadaan ekonomi sekarang, memang sebenarnya tidak janggal untuk kita mempunyai lebih dari satu pekerjaan. Sebaik-baiknya menurut Encik Rohn, bekerjalah sepenuh masa untuk dapat gaji, tetapi … Read more

15 Tips Peraturan Pengurusan Kewangan Peribadi Yang Mudah

Kewangan peribadi

#1 Berbelanja kurang daripada pendapatan Jika terdapat peraturan asas kewangan peribadi tunggal, inilah dia. Anda perlu berbelanja kurang daripada apa yang anda perolehi dan meletakkan perbezaannya untuk masa depan supaya anda masih boleh hidup sewaktu anda tua dan tidak lagi mempunyai peluang dan tenaga seperti hari ini kelak. Tanpa pendapatan yang lebih besar dari perbelanjaan, … Read more

30 Tips Hebat Untuk Menyimpan Duit Yang Anda Boleh Mulakan Sekarang

Saya Suka Berjimat-cermat

Tidak kira di mana pun anda berada di dalam perjalanan membetulkan situasi kewangan peribadi anda, anda perlu tahu yang sesiapa pun boleh lakukannya. Kadang-kala apa yang diperlukan hanyalah langkah pertama ke arah yang betul supaya semuanya berpihak kepada anda. Tetapi, macam kebanyakan perkara, kadang-kadang langkah pertama itulah yang paling sukar. Itulah sebabnya saya membuat senarai … Read more

8 Kesan Psikologi Dan Emosi Berkaitan Hutang

Bayar hutang

Sama ada ia dianggap sebagai “hutang baik” atau “hutang buruk (lapuk)”, hakikatnya, apa-apa juga hutang boleh menyebabkan kesan emosi yang serius. Kajian menunjukkan apa yang kita telah tahu: hutang sebenarnya adalah lebih dari duit semata-mata. Berada di dalam keadaan berhutang boleh membawa kepada beberapa isu emosi dan psikologi. Beberapa statistik tentang hutang di Malaysia: Kad … Read more

Apakah perbezaan antara “hutang baik” dengan “hutang buruk”?

Hutang baik, hutang buruk

Dahulu, saya beranggapan semua hutang adalah tidak baik. Jarang sangat saya lihat ayah saya berhutang, kecuali hutang kereta, motor dan rumah. Mungkin dari situlah saya telah dididik untuk tidak berhutang, sehinggalah saya mula bekerja. Hutang yang terawal yang saya ketahui adalah kad kredit. Ia sungguh mudah untuk diperolehi, namun oleh kerana saya dididik untuk tidak … Read more

10 Cara Menjimatkan Minyak Sewaktu Memandu Kereta

How to save petrol

(1) Perbetulkan sikap anda sewaktu memandu Elakkan dari memandu jika anda berasa marah, kecewa, mengantuk ataupun di bawah pengaruh alkohol. Selalulah berfikir tentang penjimatan minyak semasa memandu. Jika ada kesempatan, gunakan pengangkutan awam sekiranya ingin berpergian jauh. (2) Panaskan enjin selama 30 saat Matikan semua peralatan yang menggunakan tenaga (contohnya pendingin hawa dan radio) sebelum … Read more

Anda Berada di Kuadran Mana? – Review Pengenalan Buku Cashflow Quadrant

Rich Dad's Cashflow Quadrant

Selepas membaca buku pertama Robert Kiyosaki, “Rich Dad Poor Dad“, saya pun membeli buku beliau yang kedua, “Rich Dad’s Cashflow Quadrant” pada tahun 2002. Setelah dikejutkan dengan maklumat yang disampaikan dalam buku pertama tentang pemikiran bapa miskin dan bapa kaya beliau, saya mula mengkaji lebih mendalam tentang apa yang beilau ingin sampaikan. Dalam buku kedua … Read more

5 Perkara Yang Anda Perlu Sediakan Untuk Fail Cukai Pendapatan

Income tax

30 April mungkin merupakan hari yang paling ditakuti di Malaysia. Ia juga dikenali sebagai hari terakhir untuk anda memfail dan membayar cukai pendapatan anda. Ramai di antara kita yang bergegas-gegas beberapa hari sahaja lagi sebelum 30 April kerana berusaha keras mengumpul semua dokumen dan resit yang berkaitan untuk difailkan kepada LHDN. Ia seolah-olah satu kitaran … Read more