How to save petrol

10 Cara Menjimatkan Minyak Sewaktu Memandu Kereta

(1) Perbetulkan sikap anda sewaktu memandu

Elakkan dari memandu jika anda berasa marah, kecewa, mengantuk ataupun di bawah pengaruh alkohol. Selalulah berfikir tentang penjimatan minyak semasa memandu. Jika ada kesempatan, gunakan pengangkutan awam sekiranya ingin berpergian jauh.

(2) Panaskan enjin selama 30 saat

Matikan semua peralatan yang menggunakan tenaga (contohnya pendingin hawa dan radio) sebelum menghidupkan enjin untuk meminimumkan penggunaan bateri semasa permulaan berikutnya. Biarkan enjin anda berbunyi semasa menghidupkannya tidak lebih 30 saat. Enjin kereta lebih cepat panas ketika bergerak.

Membiarkan enjin kereta lebih 30 saat bukan sahaja membazirkan minyak tetapi boleh merosakkan enjin kereta anda, kerana minyak tidak dapat melakukan fungsi pelincirannya dengan baik melainkan apabila ia bergerak. Tekan pemecut hanya sekali sahaja kerana jika menekan dengan banyak ia akan mengepam lebih banyak minyak. Jangan meligatkan enjin sebelum menghentikannya. Ini akan melonggokkan minyak mentah ke dinding silinder, membuang lapisan minyak pelincir dan meningkatkan kerosakan enjin ketika menghidupkan enjin selepas itu. Ini juga membazirkan minyak.

(3) Elakkan permulaan ciutan

Pecutan tersentak-sentak atau permulaan ciutan boleh meningkatkan penggunaan minyak dengan mengurangkan hampir satu kilometer untuk seliter dalam pemanduan di bandar. Kurangkan kelajuan di jalan berbatu atau licin.

(4) Pandu pada kelajuan sederhana

Biasakan diri menekan minyak dengan lembut. Ini akan dapt menjimatkan minyak. Mematuhi tahap kelajuan juga akan menjimatkan minyak dan duit. Memandu di bawah had kelajuan yang dibernarkan di lebuh raya lebih menjimatkan minyak.

(5) Elakkan gear rendah, cepatkan kelajuan

Kekalkan kelajuan kereta anda melebihi 35 ksj jika boleh. Lompatlah gear (pergi dari gear satu ke tiga atau empat) jika anda berada di jalan rata atau semasa menuruni bukit. Masuk ke semua gear dengan cepat dan cermat semasa menaiki bukit. Dengan transmisi automatik, gerakkan kereta, kemudian kurangkan tekanan pada pedal minyak, sambil mendaki bukit dengan cepat.

(6) Tayar bertekanan tinggi

Pastikan tayar rmempunyai tekanan seperti yang disarankan oleh pengeluarnya. Tayar yang tidak cukup angin boleh meningkatkan penggunaan minyak. Ia juga meningkatkan kehausan di bahagian tepi luar tayar, selain merosakkan brek dan kuasa tarikan secara normal. Sebaliknya, tayar yang terlebih angin akan menghauskan tayar dengan cepat di bahagian tengahnya dan menjadikan pemanduan tidak lancar. Juga elakkan daripada terkena benda tajam seperti bebendul jalan, batu atau lubang di sepanjang jalan.

(7) Pilih laluan untuk jimatkan minyak

Jalan raya di kawasan bandar yang sentiasa sesak dan perlu memberhentikan kenderaan beberapa kali, hanya membazirkan masa dan  minyak. Jalan raya yang kasar atau licin boleh mengurangkan penjimatan minyak sebanyak 10%-30%. Pilihlah laluan yang agak jauh sedikit, rata dan tidak sesak, sebagai ganti laluan yang dekat, sesak atau berbukit. Letak kenderaan di ruang meletak kereta yang mula-mula ditemui.

Sekarang saya sering menggunakan applikasi mudah alih Waze di telefon pintar untuk mendapatkan maklumat tentang jarak tempat yang ingin dituju, berapakah anggaran masa yang akan diambil, pilihan jalan yang terdekat untuk ke satu-satu destinasi dan yang penting sekali, jalan alternatif untuk elakkan kesesakan lalulintas (jem).

(8) Menjangkakan keadaan pemanduan

Corak pemanduan yang lancar menjimatkan penggunaan minyak kereta anda. Lihat di atas jalan sekurang-kurangnya dua kereta di hadapan dan elakkan keadaan kerap berhenti dan bergerak kerana ia membazirkan minyak. Amalan membrek dan berhenti yang tidak perlu bermakna lebih banyak pecutan dan penggunaan minyak untuk kembali kepada kelajuan. (Ia menggunakan enam kali banyak minyak untuk menggerakkan kereta daripada kenderaan berhenti berbanding jika ia bergerak beberapa kilometer.)

Minyak dibazirkan jika memandu terlalu hampir dengan kereta di hadapan, memandangkan anda harus selalu menggunakan brek dan pedal minyak. Elakkan daripada menggunakan pendingin udara pada kelajuan rendah. Menggunakannya di kawasan bandar akan mengurangkan penjimatan minyak sebanyak 9%. Bergerak ketika bukan masa puncak apabila kurang kesesakan lalu lintas.

(9) Elakkan enjin hidup untuk jangka masa yang lama

Ia memerlukan kurang minyak untuk menghidupkan semula kereta selepas enjin dipanaskan, daripada membiarkannya lebih daripada seminit. Pada umumnya tidak perlu menekan pemecut untuk menghidupkan enjin. Elakkan enjin berbunyi semasa menunggu seseorang.

(10) Kurangkan rintangan angin

Rintangan angin menggunakan banyak minyak. Sebuah kereta yang direka bentuk secara aerodinamik akan bergerak dengan licin, dapat melalui rintangan angin dengan lebih cepat dan cekap. Untuk mengurangkan rintangan angin, tutup tingkap pada kelajuan lebih 60 ksj. Jangan membawa barang yang tidak diperlukan dalam kereta anda. Pada berat tambahan 45 kg akan mengurangkan penjimatan minyak sebanyak 1% untuk sesebuah kereta biasa.

Leave a Reply

Be the First to Comment!

Leave a Reply

wpDiscuz