Credit Card

5 Sebab Mengapa Bank Menggalakkan Penggunaan Kad Kredit

Jawapannya mudah: Keuntungan!

Kad kredit adalah satu perniagaan yang sangat menguntungkan untuk bank. Itulah sebabnya mereka menjalankan kempen yang agresif untuk mendapatkan pemegang kad kredit yang baru atau memujuk untuk pelanggan lain menukar akaun kad kredit mereka.

Pertama: Faedah ke atas caj bank kerana menggunakan kredit

Apabila kita menggunakan kad kredit untuk membeli barang, bank akan mengenakan kadar faedah sebanyak 1.5% sebulan untuk baki yang tidak berbayar. Ini merupakan 18% setahun.

Contoh:

Jika kad kredit anda mempunyai kadar faedah sebanyak 18% setahun, ia akan mempunyai kadar harian sebanyak 0.0493. Katalah pemegang kad mempunyai baki sebanyak RM1,000 pada kadar faedah yang biasa 18%. Pada hari yang berikutnya, faedah akan ditambah dan bakinya akan menjadi RM1,000.49, ditambah lagi dengan pembelian tambahan dan ditolak dengan apa juga bayaran yang dibuat. Proses ini berlaku pada setiap hari sehingga akhir kitaran penyata bulanan pemegang kad. Jadi, pada akhir bulan untuk baki RM1,000 pada awal bulan akan menjadi RM1,015, apabila kadar faedah 18% APR dikenakan. 

Kedua: Yuran bayaran lewat

Yuran ini dibayar apabila bayaran lambat dibuat atau bayaran tidak dibuat atau bayaran yang dibuat kurang dari jumlah minimum tertunggak bulan sebelumnya. Yuran yang dikenakan boleh menjadi setinggi 5% daripada bayaran tunggakan minimum sebanyak RM10.

Ketiga: Yuran pendahuluan tunai

Setiap kali kad kredit digunakan untuk pendahuluan tunai, yuran akan dikenakan. Sesetengah bank mengenakan yuran pendahuluan tunai sebanyak 5% daripada jumlah pendahuluan atau minimum RM50 untuk setiap urusniaga. Perlu diingat, bank juga akan mengenakan caj GST sebanyak 6% terhadap jumlah pendahuluan tunai tersebut.

Keempat: Kadar faedah 18% setahun

Kadar faedah 18% setahun ini akan terus dikenakan daripada tarikh tunai diserahkan sehingga bayaran sepenuhnya dibuat. Pemegang kad mungkin tidak menyedari bahawa TIDAK terdapat tempoh tanpa faedah untuk pendahuluan tunai. Namun begitu, bank selalunya akan memberikan tempoh tanpa faedah selama 20 hari bagi urusan transaksi runcit sahaja.

Kelima: Caj ke atas perniagaan

Walaupun kita sebagai pemegang kad kredit membayar balik bayaran penuh setiap bulan, bank masih boleh mengaut untung. Ini kerana bank akan mengenakan caj ke atas perniagaan yang menggunakan perkhidmatan untuk memproses bayaran kad kredit. Caj selalunya dalam sekitar 2% daripada setiap nilai urusniaga. Jadi, jika nilai jualan ialah RM1,000 dan yurannya 2%, bank akan mengenakan kedai sebanyak RM20.

Satu tips bagus yang saya guna sehingga hari ini mengenai penggunaan kad kredit ialah: menganggap penggunaannya sama macam duit tunai. Kalau tak boleh buat begitu, saya sarankan untuk anda bekukan kad kredit anda dalam ruang sejuk beku dalam peti ais. Atau gunting sama sekali kad kredit tersebut.

Ingat, setiap kali anda gunakan kad kredit tanpa ada duit untuk dibayar balik secepat mungkin, anda sebenarnya meminjam duit dari “masa depan” anda.

Leave a Reply

Be the First to Comment!

Leave a Reply

wpDiscuz