Anda Berada di Kuadran Mana? – Review Pengenalan Buku Cashflow Quadrant

Anda Berada di Kuadran Mana? – Review Pengenalan Buku Cashflow Quadrant

Selepas membaca buku pertama Robert Kiyosaki, “Rich Dad Poor Dad“, saya pun membeli buku beliau yang kedua, “Rich Dad’s Cashflow Quadrant” pada tahun 2002. Setelah dikejutkan dengan maklumat yang disampaikan dalam buku pertama tentang pemikiran bapa miskin dan bapa kaya beliau, saya mula mengkaji lebih mendalam tentang apa yang beilau ingin sampaikan. Dalam buku kedua ini, beliau terus menambah maklumat dengan mula mengkategorikan orang daripada cara mereka buat duit dengan memperkenalkan Cashflow Quadrant.

Di kuadran manakah anda berada?
Adakah ia kuadran yang betul untuk anda?
Adakah anda bebas kewangan?

Buku Cashflow Quadrant ini ditulis untuk mereka yang telah sampai di persimpangan perjalanan kewangan. Sekiranya anda ingin mengawal apa yang anda buat dengan situasi kewangan anda hari ini dan ingin mengubahnya untuk perancangan masa depan, maka Cashflow Quadrant ini boleh membantu anda menunjukkan jalan.

Cashflow QuadrantInilah sebenarnya Cashflow Quadrant:
Setiap abjad di dalam setiap kuadran mewakili:
E untuk employee (pekerja yang makan gaji)
S untuk self-employed (bekerja sendiri)
B untuk business owner (pemilik perniagaan)
I untuk investor (pelabur)

Setiap dari kita mesti duduk sekurang-kurangnya dalam salah satu kuadran tersebut. Di mana kita sebenarnya berada bergantung kepada daripada mana duit gaji atau pendapatan yang kita dapat. Kebanyakan dari kita mendapat gaji dari majikan, maka kita adalah pekerja, sementara yang lain pula bekerja sendiri. Perkerja dan yang berkerja sendiri berada di sebelah kiri kuadran. Individu yang berada di sebelah kanan Cashflow Quadrant pula menerima duit dari perniagaan meraka sendiri atau dari pelaburan yang mereka ada.

Buku Cashflow Quadrant ini adalah tentang empat jenis orang yang berbeza yang berada dalam dunia perniagaan, siapa mereka dan mengapa setiap individu di dalam setiap kuadran tersebut unik. Ini boleh membantu anda menentukan di manakah anda berada di dalam kuadran tersebut pada hari ini, dan membantu anda untuk menunjukkan jalan ke manakah anda ingin berada apabila anda telah memilih untuk mengecap kebebasan kewangan. Walaupun kebebasan kewangan boleh dijumpai di setiap kuadran, kemahiran di dalam kuadran “B” dan “I” akan membantu anda untuk mencapai matlamat kewangan dengan lebih cepat. “E” yang berjaya juga boleh menjadi “I” yang berjaya.

Buku ini ditulis untuk mereka yang:

  1. Telah bersedia untuk mengubah kuadran. Buku ini ditulis secara spesifiknya untuk individu yang berada di dalam kuadran “E” dan “S” dan bercadang untuk berubah menjadi “B” atau “I”.
  2. Telah bersedia untuk berpindah dari “job security” dan mula untuk mencapai “financial security. Ia bukannya satu jalan yang mudah tetapi ganjaran di akhir perjalanan ini adalah sangat berbaloi. Ia adalah perjalanan menuju kebebasan kewangan.
  3. Ingin tahu adakah mereka ini membina saluran paip atau mengangkut baldi. (Sila tonton video di bawah untuk mengetahui lebih lanjut)
  4. Ingin tahu adakah mereka bekerja keras (work hard) atau bekerja pintar (work smart).
  5. Ingin tahu apakah yang perlu dilakukan untuk menjadi “B” atau “I”.
  6. Telah penat mengangkut baldi dan bersedia untuk membina aliran tunai masuk ke dalam poket mereka, bukannya keluar dari poket.

Buku ini dibahagikan kepada tiga bahagian:

Bahagian pertama buku ini menceritakan tentang perbezaan teras antara orang di setiap kuadran. Ia lebih kepada mengapa sesetengah orang cenderung untuk berada di sesuatu kuadran dan selalunya buntu tanpa mereka sedari. Ia akan membantu anda mengenalpasti kuadran mana anda berada sekarang dan di mana anda ingin berada lima tahun akan datang.

Bahagian kedua buku ini adalah mengenai perubahan kendiri. Ia lebih membicarakan tentang “siapa” yang anda harus jadi, dan bukannya “apa” yang anda harus buat.

Bahagian ketiga buku ini mentakrifkan tujuh langkah yang anda boleh ambil untuk bertukar ke kuadran sebelah kanan. Robert akan berkongsi rahsia bapa kaya beliau tentang kemahiran yang diperlukan untuk menjadi seorang yang berjaya di dalam kuadran “B” dan “I”. Ia akan membantu anda untuk memilih jalan anda sendiri menuju kebebasan kewangan.

Robert juga terus menerus menekankan kepentingan kecerdasan kewangan (financial intelligence). Jika anda ingin berfungsi dengan baik di kuadran sebelah kanan, kuadran “B” dan “I”, anda perlu jadi lebih bijak berbanding sekiranya anda ingin terus menerus berada di kuadran sebelah kiri sebagai “E” dan “S”.

Kita sekarang berada di dalam era maklumat dan pada zaman ini, lebih banyak peluang untuk kita dapatkan ganjaran kewangan. Ia adalah hanya untuk mereka yang mempunyai kemahiran di kuadran “B” dan “I” yang mana dapat mengenalpasti dan merebut peluang tersebut. Untuk berjaya di era maklumat ini, kita mesti mempunyai maklumat dari keempat-empat kuadran. Namun begitu, sistem persekolahan kita masih lagi berada di era perindustrian dan masih menyediakan murid-murid kita untuk berada di sebelah kiri kuadran.

Jika anda masih mencari jawapan baru untuk terus bergerak ke hadapan di dalam era maklumat ini, maka buku ini memang untuk anda. Ia ditulis untuk memnbantu anda dalam perjalanan mengharungi era maklumat. Ia tidak mempunyai semua jawapan, tetapi ia akan berkongsi pandangan peribadi dan bimbingan yang mendalam yang diperolehi ketika Robert melakukan perjalanan dari kuadran “E” dan “S” pada Cashflow Quadrant ke kuadran sebelah kanan, “B” dan “I”.

Boleh dapatkan buku Rich Dad’s Cashflow Quadrant, versi Bahasa Melayu di sini.

Leave a Reply

Be the First to Comment!

Leave a Reply

wpDiscuz