Hari Ke-21: Menilai Perbelanjaan Anda – Perumahan

Rumah saya

Kebanyakan orang, apabila mereka telah dikunci ke dalam perjanjian gadai janji rumah atau apabila mereka telah berpindah masuk ke dalam apartmen baru akan berasa seolah-olah itulah jumlah yang terpaksa mereka keluarkan setiap bulan, tanpa ada cara untuk mengurangkan jumlah tersebut. Ia sebenarnya tidak benar; ia hanyalah helah psikologi di dalam minda anda. Sebenarnya ada cara … Read moreHari Ke-21: Menilai Perbelanjaan Anda – Perumahan

Hari Ke-20: Menilai Perbelanjaan Anda – Makanan

Nasi lemak

Bagi kebanyakan daripada kita, tanpa disedari, makanan merupakan bahagian yang besar daripada bajet bulanan kita. Kita makan makanan segera beberapa kali seminggu, makan di luar beberapa kali seminggu, dan makan di restoran yang mahal di sana sini. Sebenarnya, adalah amat mudah untuk mengurangkan perbelanjaan ini. Berikut adalah beberapa strategi yang mudah untuk kita lakukan. Kurangkan … Read moreHari Ke-20: Menilai Perbelanjaan Anda – Makanan

Hari Ke-19: Menilai Perbelanjaan Anda – Kenderaan

Model kereta nissan fairlady

Hampir semua daripada kita mempunyai sebuah kereta. Ramai di antara kita mempunyai dua atau lebih kereta dalam keluarga kita. Kita semua tahu yang ia adalah lubuk duit, perlukan penyelenggaraan, petrol, dan pembaikan, tetapi kita perlukannya untuk bergerak ke sana ke mari, jadi kita cuma keluarkan duit untuknya tanpa berfikir panjang. Namun ada beberapa perkara mudah … Read moreHari Ke-19: Menilai Perbelanjaan Anda – Kenderaan

Hari Ke-18: Menilai Perbelanjaan Anda – Tenaga

CFL bulb

Saya sering terkejut melihat betapa ramai orang yang masih tidak cekap dalam penggunaan tenaga elektrik mereka, dan apabila mereka cuba untuk menyelesaikan masalah tersebut, mereka mencuba banyak perkara yang tidak begitu bermanfaat, seperti memastikan yang lampu mereka sentiasa terpadam dengan menggunakan lampu tidak efisyen yang memberikan kos yang lebih tinggi untuk satu jam berbanding dengan … Read moreHari Ke-18: Menilai Perbelanjaan Anda – Tenaga

Hari Ke-17: Menilai Perbelanjaan Anda – Insurans Hayat

Insurans hayat

Insurans hayat adalah satu persoalan yang kebanyakan dari kita elakkan untuk fikir terlalu banyak, terutamanya sewaktu kita masih muda. Walau bagaimanapun, sekiranya anda mempunyai tanggungan lebih daripada diri anda sendiri di dalam borang cukai pendapatan anda, insurans hayat ialah sesuatu yang anda perlukan untuk memastikan tanggungan anda tidak berada di dalam kesusahan jika sesuatu berlaku … Read moreHari Ke-17: Menilai Perbelanjaan Anda – Insurans Hayat

Hari Ke-16: Menilai Perbelanjaan Anda – Rumah Dan Insurans Kenderaan

Insurans rumah dan kereta

Dalam tempoh separuh masa pertama bulan ini, kita telah membuat bajet “kehidupan” sebenar yang dibina berdasarkan kehidupan anda, bukannya memaksa anda untuk hidup dengan idea bajet orang lain. Dengan bajet yang ada sekarang, kita akan gunakannya untuk melihat perbelanjaan manakah yang boleh kita kurangkan. Kita akan fokus pada kawasan perbelanjaan spesifik untuk beberapa hari akan … Read moreHari Ke-16: Menilai Perbelanjaan Anda – Rumah Dan Insurans Kenderaan

Hari Ke-15: Berada Di Bawah Paras Bajet Dan Satu Dana Kecemasan

Dana kecemasan

Apabila anda telah bergerak dengan pelan yang anda telah bangunkan, anda akan mendapati bahawa (hampir selalunya) anda akan berada di bawah paras bajet untuk bulan tersebut, sekiranya anda tidak melakukan perbelanjaan yang tidak penting. Ini sudah tentunya satu perkara yang baik, kerana ia bermakna anda bertanggungjawab ke atas kewangan anda sendiri. Jadi apa yang saya … Read moreHari Ke-15: Berada Di Bawah Paras Bajet Dan Satu Dana Kecemasan

Hari Ke-14: Menghapuskan Hutang Anda (Perlahan-lahan Tetapi Pasti)

Pay Off Your Debt

Semalam kita telah ambil “bajet sebenar” kita dan telah tetapkan supaya kita membayar diri kita terlebih dahulu melalui pelaburan automatik ke dalam dana “impian” (atau beberapa siri dana). Hari ini, kita akan melihat pada seksyen hutang pada bajet kita – dan lihat apa yang boleh kita lakukan untuk melangsaikan hutang kita, supaya kita mempunyai lebih … Read moreHari Ke-14: Menghapuskan Hutang Anda (Perlahan-lahan Tetapi Pasti)

Hari Ke-13: Bayar Untuk Impian Anda Terlebih Dahulu

Savings & Budget

Semalam kita telah meletakkan sentuhan terakhir pada bajet sebenar kita – bajet yang mencerminkan impian anda dan realiti kewangan anda sendiri, bukannya konsep berbelanja dan menyimpan orang lain. Hari ini kita akan mulakan proses melihat apakah makna sebenar bajet ini. Kebanyakan orang tidak pernah berjaya mencapai impian mereka kerana meraka tidak pernah memulakannya. Mereka terus … Read moreHari Ke-13: Bayar Untuk Impian Anda Terlebih Dahulu

Hari Ke-12: Satu “Bajet” Yang Fleksibel Yang Mencerminkan Realiti Anda

Bajet

Hari ini adalah kemuncak dari bahagian pertama program “31 Hari Untuk Betulkan Kewangan Peribadi Anda”: ia pada dasarnya menjalinkan semua penetapan matlamat dan penilaian sehingga tahap ini ke dalam satu dokumen. Dokumen ini bukanlah satu set peraturan yang perlu diikuti, tetapi ia adalah gambaran kewangan anda dan ke mana anda boleh pergi. Sedap didengar? Mari … Read moreHari Ke-12: Satu “Bajet” Yang Fleksibel Yang Mencerminkan Realiti Anda