Dah submit e-filing? Ini 7 pelepasan yang anda boleh claim untuk kurangkan bayar cukai pendapatan 2017

Waktunya datang lagi. Setiap tahun dari 1 Mac sehingga 20 April adalah tempoh yang telah diberikan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk kita sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai pendapatan lebih daripada RM3,100 sebulan untuk membayar cukai.

Kita kena bayar cukai sebab duit cukai tersebut akan digunakan oleh kerajaan untuk mengurus dan membangunkan negara. Kalau tidak ada duit bayaran cukai, susahlah kerajaan ingin membina hospital dan sekolah yang pasti satu hari nanti kita atau anak cucu kita gunakan.

Daripada bajet yang Perdana Menteri kita telah bentangkan pada tahun lepas, ada beberapa pelepasan baru yang telah diperkenalkan. Kita sebagai pembayar cukai perlu peka dengan pelepasan-pelepasan ini, supaya kita tidak membayar lebih dari cukai yang sepatutnya dikenakan.

Bila kita boleh claim semua pelepasan-pelepasan yang dibenarkan ini, akan kuranglah jumlah cukai yang kita bayar, ataupun sekiranya kita telahpun membayar cukai dengan PCB (potongan cukai berjadual) oleh majikan kita, ada kemungkinan kita sudah pun terlebih bayar dan LHDN akan membayar balik lebihan cukai yang kita bayar.

Ini adalah 7 pelepasan penting yang kita boleh claim sebagai rakyat Malaysia yang baik:

  1. Derma ataupun hadiah yang diluluskan
    • Kalau anda ada membuat derma atau hadiah kepada badan-badan kebajikan yang diluluskan oleh LHDN, simpan resit derma tersebut. Sebagai contohnya saya suka membuat derma secara online kepada Islamic Relief, yang mana ia adalah satu badan kebajikan yang diluluskan oleh LHDN. Dengan resit yang diberi, jumlah derma kita ditolak terus dari jumlah pendapatan yang kita buat pada tahun 2017.
  2. Perbelanjaan gaya hidup RM2,500
    • Kalau sebelum ini, perbelanjaan membeli buku dan majalah untuk bacaan adalah dalam kategori sendiri, tetapi kali ini buku telah dimasukkan sekali ke dalam perbelanjaan gaya hidup yang mana adalah termasuk juga pembelian jurnal, majalah, suratkhabar bercetak dan penerbitan (selain bahan bacaan terlarang) untuk diri sendiri, pasangan (suami/isteri) atau anak-anak.
    • Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet untuk diri sendiri, pasangan atau anak-anak.
    • Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 (tidak terpakai bagi jenis basikal bermotor).
    • Bayaran keahlian gimnasium untuk diri sendiri, pasangan atau anak-anak.
    • Bayaran langganan internet
  3. Insurans nyawa/takaful nyawa dan KWSP RM6,000
    • Bagi yang melanggan pelan perlindungan insurans/takaful nyawa yang melindungi diri anda,  isteri atau suami (tidak termasuk anak-anak), serta mencarum dalam skim KWSP atau kumpulan wang lain yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri (bahagian caruman sendiri), sama ada melalui potongan gaji atau bayaran sendiri, maka layak menuntut pelepasan. Kan bagus kalau ada takaful nyawa?
  4. Insurans/takaful pendidikan dan perubatan RM3,000
    • Kalau anda ada beli medical card untuk diri sendiri, pasangan dan ada membayar takaful pendidikan untuk anak-anak, anda layak untuk mendapatkan pelepasan. Insurans/takaful kesihatan termasuklah manfaat yang melindungi risiko akibat penyakit kritikal dan juga kad perubatan (manfaat bayaran caj rawatan dan hospital).
  5. Yuran penghantaran anak-anak ke pusat asuhan kanak-kanak atau pra-sekolah yang berdaftar RM1,000
    • Kalau ada anak-anak anda yang berumur 6 tahun dan kebawah dan dihantar ke pusat asuhan atau pra-sekolah yang diluluskan, anda boleh submit resit bayaran yuran untuk diclaim.
  6. Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) RM250
    • Kalau anda ada mencarum kepada kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), anda boleh claim.
  7. Rebat zakat pendapatan
    • Untuk claim rebat zakat pendapatan, anda perlu kirakan jumlah zakat yang perlu anda bayar (2.5% didarabkan dengan jumlah pendapatan), tidak termasuk zakat fitrah. Jumlah ini mestilah dimasukkan sebagai rebat dan ditolakkan terus dari jumlah cukai yang perlu anda bayar. Sekiranya ada membayar cukai melalui PCB, disinilah selalunya akan terjadi lebihan cukai yang akan dibayar balik kepada anda.

Selamat membayar cukai.

Leave a Reply

Be the First to Comment!

Leave a Reply

  Subscribe  
Notify of