Di Manakah Anda Lihat Diri Anda, 2-5 Tahun Akan Datang?

Di Manakah Anda Lihat Diri Anda, 2-5 Tahun Akan Datang?

Saya diperkenalkan dengan aspek pembangunan kendiri sewaktu saya berumur 25 tahun (sekarang saya sudah nak masuk umur 40 tahun) secara tidak langsung. Saya telah dijemput oleh seorang rakan sekerja untuk menghadiri satu taklimat peluang perniagaan di sebuah rumah seorang peguam. Saya terpanggil untuk pegi mendengar taklimat tersebut kerana waktu itu, memang saya sedang mencari peluang untuk menambahkan pendapatan. Maklumlah, dari waktu saya masih belajar di universiti lagi, saya sudah terdedah dengan “bisnes”.

Setelah saya dan beberapa orang tetamu yang sampai duduk dengan selesa, majlis pun dimulakan oleh tuan rumah. Kemudian dia mempersilakan rakan sekerja saya untuk menunjukkan satu pembentangan.

Pelan yang ditunjuk oleh rakan sekerja saya amat mudah. Setelah memberikan kata-kata aluan, soalan pertama beliau ialah “Apakah prioriti nombor 1 anda?” Kemudian beliau menyenaraikan 8 pilihan untuk saya pilih.

Kemudian beliau menambah lagi satu soalan. “Jika DUIT dan MASA tidak lagi menjadi persoalan, apakah yang akan anda buat sekarang? Maksudnya, jika anda mempunyai duit yang begitu banyak dengan masa free yang sangat banyak, apakah yang anda akan lakukan sekarang?”

Beberapa soalan tersebut telah membuatkan saya terfikir. Sekarang tiba masa untuk pilih jawapan beliau di atas whiteboard:

  1. Melancong
  2. Lebih masa dengan keluarga/kurang stress
  3. Pendidikan anak-anak
  4. Bebas hutang
  5. Bisnes sendiri
  6. Pendapatan extra
  7. Taraf kehidupan yang lebih baik
  8. Membantu orang lain/buat kebajikan

Agak lama juga saya terfikir. Macam semua pun saya mahu. Tetapi oleh kerana saya dipesan agar memilih hanya satu pilihan, saya pilih no. 4. Bebas hutang, sebab waktu itu saya memang tidak suka berhutang, walaupun hutang saya waktu tu hanya sebuah kereta proton Wira.

Kemudian beliau meneruskan, “Sebenarnya, jika duit dan masa bukan lagi menjadi masalah di dalam hidup kita, kita mahukan semuanya bukan?” Saya mengangguk. Betul juga apa yang beliau katakan.

“Cuba anda lihat keadaan anda sekarang. Kemudian bayangkan keadaan anda 2-5 tahun akan datang. Apakah pilihan yang akan menjadi prioriti no. 1 anda pada waktu tersebut?” Kali ini, saya memilih n. 6. Pendapatan extra.

“Menarik juga pilihan doktor,” beliau menambah “Kenapa doktor memilih yang tu?” Saya berkata, memang saya suka kalau ada duit lebih. Pendapatan extra, sebab memandangkan taraf hidup yang saya lalui sekarang, agak sukar untuk ditampung dengan hanya makan gaji sahaja.

Kenapa pilihan itu penting untuk doktor?” Saya ditanya lagi. Hmm… Di saat inilah saya nyatakan duit “extra” itu penting, kerana sekarang, saya mempunyai keluarga di Johor dan Sabah (kerana isteri saya orang Kudat), dan kos perjalanan dan perbelanjaan untuk naik pergi dan balik bersama-sama dengan keluarga saya yang besar bukannya murah. Itu sahaja yang saya boleh terfikir di waktu itu.

“Apa yang akan berlaku sekiranya doktor tidak dapat mencapai hajat doktor tu?” Wah, soalan ini betul-betul menusuk benak hati ini dan membuatkan saya berfikir panjang. Pada waktu itu, saya tidak ingat apa yang saya jawab, sebab saya tahu, kalau tak capai hajat, memang saya kena kerja lebih keras. Tetapi kerja apa?

Adakah itu merisaukan doktor?” Hahaha. Ini memang soalan yang membunuh. Memang lah saya risau. Sebab waktu itu, saya belum ada pelan lain ┬ábagaimana nak capai hajat saya.

“Adakah doktor mempunyai kerja atau projek lain yang doktor sedang lakukan sekarang untuk mencapai hajat doktor dalam tempoh 2-5 tahun?” Hmm… Pada masa itu, memang pun saya belum ada apa-apa rancangan yang nampaknya boleh membawa saya ke arah hajat saya tersebut. Dan memang pada waktu itu, saya memang terbuka dengan apa juga cadangan untuk menambah pendapatan, sekiranya ia “masuk akal“.

“Jika saya kongsikan dengan doktor satu peluang yang unik, dan dalam masa 2-5 tahun, doktor dapat hajat doktor tu, adakah doktor nak tahu? Dengan kata lain, matlamat dan impian doktor tercapai?” Saya pun bilang, “Ya!”. Maka mulalah perjalanan saya mendalami satu bisnes yang agak unik dan aspek pembangunan kendiri yang datang bersama-sama bisnes tersebut, yang mana peluang tersebut membolehkan saya mendapat pendapatan pasif yang dapat mendekatkan saya dengan impian saya.

Masa itu duit

Habis cerita saya untuk setakat ini. Bagaimana dengan anda? Cuba jawab kembali persoalan saya. Jika DUIT dan MASA tidak lagi menjadi masalah untuk anda, apakah prioriti no. 1 anda?

  1. Melancong
  2. Lebih masa dengan keluarga/kurang stress
  3. Pendidikan anak-anak
  4. Bebas hutang
  5. Bisnes sendiri
  6. Pendapatan extra
  7. Taraf kehidupan yang lebih baik
  8. Membantu orang lain/buat kebajikan

Sekarang fikirkan pula, dengan apa yang anda lakukan (bekerja) sekarang, bolehkah anda mencapai matlamat yang anda telah pilih di atas, selepas 2-5 tahun?

Jika tidak, apakah yang anda nak buat untuk mencapai matlamat tersebut?

Jika anda buntu, mungkin anda boleh bermula dengan membetulkan semula pengurusan kewangan peribadi anda, supaya anda tahu, berapakah nilai gaji setiap jam kerja anda. Apabila anda telah berjaya membetulkan kewangan peribadi anda, barulah anda akan nampak sedikit cahaya, bagaimana untuk anda mencapai matlamat anda di atas.

Stay tune di blog saya ni. Insya-allah, saya akan kongsikan bagaimana untuk mencapai impian anda.

Leave a Reply

Be the First to Comment!

Leave a Reply

wpDiscuz