Hari Ke-14: Menghapuskan Hutang Anda (Perlahan-lahan Tetapi Pasti)

Hari Ke-14: Menghapuskan Hutang Anda (Perlahan-lahan Tetapi Pasti)

Semalam kita telah ambil “bajet sebenar” kita dan telah tetapkan supaya kita membayar diri kita terlebih dahulu melalui pelaburan automatik ke dalam dana “impian” (atau beberapa siri dana). Hari ini, kita akan melihat pada seksyen hutang pada bajet kita – dan lihat apa yang boleh kita lakukan untuk melangsaikan hutang kita, supaya kita mempunyai lebih banyak duit untuk impian kita.

Seksyen “hutang” di dalam bajet kita mestilah menyenaraikan beberapa hutang yang menunjukkan semua duit yang anda hutang dengan orang lain. Ini tidak termasuk bayaran minimum bagi setiap satu; kita hanya menyenaraikannya sebagai “perbelanjaan” sehingga semuanya lupus. Anda juga sepatutnya mempunyai baki sifar di dalam seksyen hutang untuk semua kecuali salah satu hutang anda.

Setiap bulan, semasa anda menyemak bil-bil bulanan anda, apa yang anda perlu lakukan ialah membayar jumlah tambahan pada perbelanjaan tersebut. Katakanlah anda mempunyai hanya satu hutang di dalam senarai kad kredit dengan jumlah sebanyak $200. Anda juga mempunyai perbelanjaan untuk kad kredit tersebut yang mempunyai bayaran minimum $40. Apabila anda menulis cek untuk membayar kad kredit tersebut, tulislah cek untuk $240.

Sekarang lebih mudah untuk kita gunakan perbankan internet berbanding cek.

Ini akan mengambil masa beberapa bulan, tetapi tidak lama lagi anda akan berjaya melangsaikan hutang anda yang pertama. Apabila anda berjaya melangsaikan hutang itu, ia berbaloi untuk diraikan, kerana anda boleh menghapuskan kedua-dua perbelanjaan anda (bayaran minimum) dan hutang (bayaran tambahan) daripada bajet anda. Apabila anda telah berbuat demikian, ambil jumlan yang telah digabungkan (jumlah bayaran minimum dan bayaran tambahan yang anda bayar setiap bulan) dan gunakan untuk jumlah hutang paling kecil yang seterusnya. Jadi, katakanlah selepas anda melangsaikan hutang kad kredit anda, pembayaran balik paling kecil seterusnya ialah pinjaman kenderaan. Dalam seksyen “hutang” anda, masukkan $240 ke dalam pinjaman kenderaan. Oleh kerana anda telah membajetkan jumlah tersebut, ia tidak akan memberikan perbezaan dalam kehidupan seharian anda selain dari perasaan yang bagus untuk mengetahui yang hutang anda telah selesai.

Teknik ini dikenali sebagai “bebola salji hutang”, satu istilah yang dicipta oleh seorang host radio popular dan penulis Dave Ramsey di dalam bukunya, The Total Money Makeover: Classic Edition: A Proven Plan for Financial Fitness. Saya sebenarnya menggunakan variasi bebola salji hutang dalam kehidupan seharian saya, yang diubah sedikit untuk mengurangkan risiko.

Anda mungkin ingin mengambil sedikit masa dan kirakan berapa lama masa yang diambil untuk “bebola salji hutang” anda untuk melangsaikan semua hutang. Kirakan pada bulan manakah yang setiap hutang anda akan habis dibayar, kemudian tambahkan bayaran tersebut untuk hutang yang seterusnya dan lihat berapa bulankah masa yang diambil untuk langsaikan hutang tersebut. Tidak lama lagi anda akan mempunyai idea yang sangat kukuh untuk anggaran masa di mana anda akan jadi bebas hutang – dan bebas hutang ialah tempat di mana anda boleh mengambil bebola salji hutang anda dan aplikasikan terus kepada impian anda.

Esok, kita akan melihat apa yang perlu kita buat apabila anda berada di bawah perbelanjaan bajet anda dalam bulan tersebut (sebenarnya sistem ini dibina supaya anda boleh melakukan ini dengan kerap!).


Program 31 Hari Untuk Betulkan Kewangan Peribadi Anda ini saya alih bahasakan dari penulis asal berbahasa Inggeris, Trent Hamm dari website The Simple Dollar. Setelah mendapat ilmu dan ilham dari beliau, saya mengambil keputusan untuk berkongsi pengalaman saya menggunakan teknik yang beliau sarankan untuk mencapai impian saya. Semoga ia dapat membantu merealisasikan impian anda juga.

Saya mencadangkan untuk anda luangkan masa setiap hari, sekurang-kurangnya satu jam untuk 31 hari berikutnya, kerana ia akan mengubah halatuju kehidupan kewangan peribadi anda. Sudah tiba masanya untuk anda ambil langkah pertama mengubah masa depan anda. Semoga berjaya!

Leave a Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
Notify of