Dana kecemasan

Hari Ke-15: Berada Di Bawah Paras Bajet Dan Satu Dana Kecemasan

Apabila anda telah bergerak dengan pelan yang anda telah bangunkan, anda akan mendapati bahawa (hampir selalunya) anda akan berada di bawah paras bajet untuk bulan tersebut, sekiranya anda tidak melakukan perbelanjaan yang tidak penting. Ini sudah tentunya satu perkara yang baik, kerana ia bermakna anda bertanggungjawab ke atas kewangan anda sendiri.

Jadi apa yang saya perlu lakukan dengan duit lebihan itu? Jelas sekali, jika akaun semasa anda tidak mempunyai faedah (interest) dengan jumlah duit yang bertambah dari semasa ke semasa, ia tidak akan banyak membantu, kerana ia akan menjadi lebih mudah untuk anda membelanjakannya kepada perkara-perkara yang tidak perlu. Sebaliknya, anda sepatutnya memindahkan duit tersebut ke tempat yang lebih mudah untuk diakses, sambil ia juga mendapat faedah, dan ia jauh dari pandangan dan fikiran anda sehingga anda memerlukannya. Berikut adalah pelannya.

Pertama, jangan terpengaruh dengan godaan untuk belanjakannya terlebih dahulu. Walaupun ia mungkin kelihatan seperti duit ini adalah “hadiah” kerana tanggungjawab fiskal anda, ia sebenarnya adalah hasil dari bajet yang fleksibel yang anda telah buat. Sebenarnya fleksibiliti mempunyai tujuan: melindungi anda daripada kejadian yang tidak diduga yang boleh berlaku pada masa hadapan.

Kedua, dapatkan satu akaun simpanan dengan kadar faedah yang tinggi untuk anda letakkan duit anda. Mengapa perlu dapatkan akaun lain? Dengan akaun yang berasingan, ia akan memudahkan anda untuk mebahagi-bahagikan duit anda dan menyimpan duit tersebut untuk tujuan yang berbeza bagi setiap akaun. Duit ini mempunyai tujuan yang sangat khusus, jadi kita akan asingkannya.

Sekarang, despositkan duit lebihan yang ditinggalkan daripada bajet anda pada akhir setiap bulan ke dalam akaun ini. Akaun ini akan berfungsi sebagai dana kecemasan anda. Sekali-sekala, anda mungkin akan berurusan dengan keadaan yang sukar untuk hidup di dalam kekangan bajet hidup anda: kereta rosak, keperluan perubatan atau sebagainya. Dana ini akan memudahkan anda  untuk mengharungi keadaan kecemasan seperti ini – hanya keluarkan duit yang anda perlukan untuk menampung kecemasan tersebut.

Berapa besarkah dana kecemasan yang anda perlukan? Anda sepatutnya membiarkan dana kecemasan anda terus berkembang dengan sisa bajet anda sehingga anda mempunyai enam bulan nilai gaji anda di dalamnya. Selepas itu, anda mempunyai beberapa pilihan: saya akan mengesyorkan untuk anda membayar lebihan hutang yang tinggal dari sisa bajet pada ketika itu.

Perlu diingat, ini bukan akaun untuk pembelian berharga tinggi! Jika anda terdorong menggunakannya untuk membeli sebuah televisyen LCD, anda sepatutnya menilai kembali apakah matlamat anda dan mungkin menukar salah satu daripadanya jika anda merasakan bahawa televisyen berskrin besar adalah sesuai dengan nilai-nilai anda. Biarkan sahaja duit ini; suatu hari nanti anda akan berasa gembira dengan apa yang anda lakukan (sebagai contoh, apabila anak anda pulang ke rumah dengan kereta yang kemek).

Esok kita akan melihat perbelanjaan anda untuk tempat-tempat yang anda boleh kurangkan lebih lemak tanpa mengubah gaya hidup anda.


Program 31 Hari Untuk Betulkan Kewangan Peribadi Anda ini saya alih bahasakan dari penulis asal berbahasa Inggeris, Trent Hamm dari website The Simple Dollar. Setelah mendapat ilmu dan ilham dari beliau, saya mengambil keputusan untuk berkongsi pengalaman saya menggunakan teknik yang beliau sarankan untuk mencapai impian saya. Semoga ia dapat membantu merealisasikan impian anda juga.

Saya mencadangkan untuk anda luangkan masa setiap hari, sekurang-kurangnya satu jam untuk 31 hari berikutnya, kerana ia akan mengubah halatuju kehidupan kewangan peribadi anda. Sudah tiba masanya untuk anda ambil langkah pertama mengubah masa depan anda. Semoga berjaya!

Leave a Reply

Be the First to Comment!

Leave a Reply

wpDiscuz