Hari Ke-22: Menilai Perbelanjaan Anda – Bil Bulanan

Hari Ke-22: Menilai Perbelanjaan Anda – Bil Bulanan

Sebahagian daripada kita mempunyai satu set bil bulanan yang kita harus bayar sebagai rutin tetap kita. Ia berterusan mengikis bajet bulanan dan tahunan kita, menghakis berapa banyak yang kita boleh habiskan dengan kadar yang tetap. Sebahagian daripadanya adalah perlu (elektrik), manakala yang lain adalah mungkin kurang penting (Netflix). Hari ini, kita akan mengambil semua perbelanjaan bulanan ini dan melihat mana antaranya boleh dikurangkan atau dihapuskan.

Pertama, buat senarai setiap bil bulanan yang anda bayar. Telefon bimbit, kabel internet, elektrik, gadai janji, sewa, insurans, dan sebagainya. Tulis jumlah anggaran yang anda bayar setiap bulan akan datang di sebelahnya, tetapi tinggalkan sedikit ruang di sebelah kanan untuk membuat beberapa pengiraan.

Setelah anda membuat senarai ini, potong mana-mana item yang merupakan asas kehidupan sehari-hari. Elektrik adalah asas, manakala akses internet tidak. Gadai janji adalah asas, manakala Netflix tidak. Bayaran pinjaman adalah asas, manakala kabel televisyen satelit tidak.

Sekarang darabkan setiap unsur-unsur yang tinggal dengan dua belas supaya anda boleh melihat berapa banyak kos bil anda dalam setahun. Anda juga perlu darabkan nilai tahunan tersebut dengan 1.024 (lebih 2.5%, dalam erti kata lain), kerana itulah nilai yang anda dapat sekiranya anda meletakkan jumlah bil anda ke dalam akaun simpanan anda setiap bulan. Mendarabkan amaun bil seperti ini sering boleh membuatkan bil yang selalunya nampak munasabah kelihatan gila. Sebagai contoh, jika anda membayar $19.95 sebulan untuk Netflix, ia berjumlah $245.39 setahun untuk impian anda yang berlalu pergi. Belanja $50 sebulan untuk kabel televisyen? Itu $615 untuk impian anda yang hilang selama-lamanya. Punyai keahlian kelab bernilai $200? $2460 hilang begitu sahaja.

Pada ketika ini, semak setiap item dan tanya diri anda, sama ada ia berpatutan dengan apa yang anda bayar. Ia mungkin berbaloi untuk anda sekarang. Atau anda mungkin menyedari bahawa ia adalah sesuatu yang anda jarang gunakan, jadi ia tidak benar-benar membantu anda untuk membina impian masa depan anda. Kemungkinan besar, anda akan mencari jalan untuk mengurangkan bil tanpa menghapuskannya. Mungkina anda boleh memilih pelan yang lebih murah pada Netflix (jimat $61.50 setahun), atau anda boleh hapuskan saluran premium bernilai $15 pada bil kabel anda (jimat $184.50 setahun), atau anda boleh dapatkan pelan panggilan yang lebih murah daripada pembekal telefon bimbit anda.

Adalah penting untuk mengingat bahawa walaupun setiap potongan seolah-olah kecil, jika anda telah mengikuti pelan itu pada bulan ini, anda telah memotong banyak lemak daripada bajet anda tanpa mengubah cara hidup anda dengan banyak. Bergantung kepada pilihan anda, anda mungkin telah mengurangkan sepuluh peratus perbelanjaan anda; jika anda ambil sepuluh peratus tersebut dan gunakannya untuk membayar hutang sekarang dan melabur untuk impian masa depan anda, anda telah benar-benar mengambil impian anda yang dianggap mustahil dan mengubahnya menjadi sesuatu yang mungkin.


Program 31 Hari Untuk Betulkan Kewangan Peribadi Anda ini saya alih bahasakan dari penulis asal berbahasa Inggeris, Trent Hamm dari website The Simple Dollar. Setelah mendapat ilmu dan ilham dari beliau, saya mengambil keputusan untuk berkongsi pengalaman saya menggunakan teknik yang beliau sarankan untuk mencapai impian saya. Semoga ia dapat membantu merealisasikan impian anda juga.

Saya mencadangkan untuk anda luangkan masa setiap hari, sekurang-kurangnya satu jam untuk 31 hari berikutnya, kerana ia akan mengubah halatuju kehidupan kewangan peribadi anda. Sudah tiba masanya untuk anda ambil langkah pertama mengubah masa depan anda. Semoga berjaya!

Leave a Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
Notify of