Hari Ke-23: Menilai Perbelanjaan Anda – Yuran Bank

Hari Ke-23: Menilai Perbelanjaan Anda – Yuran Bank

Sebahagian besar rakyat Amerika melakukan perbankan utama mereka dengan salah satu daripada beberapa rangkaian bank besar yang ada. Malangnya, rangkaian bank besar ini hampir sering menghina dalam cara mereka melayan kebanyakan pelanggan mereka, mengenakan pelbagai yuran dan caj lain yang gila, yang dalam masa setahun, boleh bertambah dengan banyak.

Hari ini, kita akan melihat dengan serius bagaimana bank anda melayan anda. Keluarkan sehelai kertas kosong dan salinan penyata bank terakhir anda. Kita akan melihat kesan yuran bank kepada anda – dan melihat jika ada apa-apa yang anda boleh lakukan dengannya.

Pertama, salin setiap caj perkhidmatan yang bukan pembelian dari penyata bank anda ke atas kertas kosong anda, bersama-sama dengan jumlahnya. Tinggalkan banyak ruang kosong pada sebelah hujung kanan kertas supaya kita boleh buat beberapa pengiraan mudah. Jika anda mendapat faedah ke atas akaun tersebut, masukkan jumlah itu juga.

Apabila anda selesai, jumlahkan semua caj ini (jangan masukkan faedah yang anda dapat – kita akan uruskannya berasingan) dan ketahui berapakah kos akaun anda setiap bulan. Kali pertama saya lakukan ini, saya mendapati bahawa saya telah kehilangan kira-kira $25 sebulan dalam yuran yang kecil. Setiap bayaran yuran nampaknya kecil, tetapi apabila saya menjumlahkannya semua, saya tercengang.

Anda ingin lebih kejutan? Darabkan jumlah tersebut dengan dua belas untuk melihat berapa banyak yang anda kena bayar setiap tahun. Anda juga perlu memikirkan tambahan 2.5% daripada jumlah tersebut kerana anda dengan mudah boleh mendapatkannya dengan akaun simpanan sepanjang tahun. Bagi saya, apabila melihat jumlah caj lebih daripda $300, ia bermakna bank berpeluang menggunakan wang saya untuk pelaburan mereka dengan mengecaj saya $300 setahun.

Jadi apa yang boleh anda lakukan? Sekiranya caj ini terdapat di dalam akaun simpanan anda, cuba untuk dapatkan akaun ING Direct atau akaun simpanan HSBC Direct. Kedua-duanya tidak mempunyai caj dan kedua-duanya memberikan kadar faedah yang baik (4.5% dan 5.05% masing-masing). Saya beralih daripada pendapatan 0.5% daripada akaun simpanan saya dengan caj bayaran sekai-sekala kepada pendapatan 4.5% tanpa caj bayaran biasa, jadi ia meletakkan lebih banyak duit ke dalam poket saya.

Jika anda melihat adanya caj di dalam akaun cek anda, cuba lihat beberapa kesatuan kredit tempatan. Kesatuan kredit umumnya mempunyai akaun cek yang kukuh dengan caj yang hampir tidak wujud, walaupun keadaan anda mungkin berbeza. Saya menjumpai satu kesatuan kredit tempatan yang tidak mengecaj apa-apa yuran pun, dan pada masa yang sama menawarkan perkhidmatan yang sama seperti bank saya sendiri; satu-satunya masa yang saya akan dikenekan caj ialah apabila saya menggunakan ATM di tempat yang pelik, dan itu pun yurannya amat kecil. Saya kini mungkin menghabiskan $10 setiap bulan untuk yuran bank berbanding $300.


Program 31 Hari Untuk Betulkan Kewangan Peribadi Anda ini saya alih bahasakan dari penulis asal berbahasa Inggeris, Trent Hamm dari website The Simple Dollar. Setelah mendapat ilmu dan ilham dari beliau, saya mengambil keputusan untuk berkongsi pengalaman saya menggunakan teknik yang beliau sarankan untuk mencapai impian saya. Semoga ia dapat membantu merealisasikan impian anda juga.

Saya mencadangkan untuk anda luangkan masa setiap hari, sekurang-kurangnya satu jam untuk 31 hari berikutnya, kerana ia akan mengubah halatuju kehidupan kewangan peribadi anda. Sudah tiba masanya untuk anda ambil langkah pertama mengubah masa depan anda. Semoga berjaya!

Leave a Reply

Be the First to Comment!

Leave a Reply

  Subscribe  
Notify of