Hari Ke-24: Hiburan Dan Hobi

Hari Ke-24: Hiburan Dan Hobi

Jika anda telah bersama-sama mengikuti siri ini dan mengambil bahagian dalam penilaian perbelanjaan pada minggu lepas, anda mungkin berasa cukup baik dengan arah kewangan anda. Sekarang kita sampai di bahagian yang paling sukar untuk ramai orang berhenti – dan yang selalunya membuat kebanyakan orang bermula semula selepas berhenti: hiburan dan hobi. Dalam erti kata lain, ia adalah semua penyebab kegembiraan pengguna yang ada di dalam kehidupan, dari televisyen ke alat permainan video ke membeli-belah pakaian.

Saya akan mengatakan sesuatu yang mengejutkan di sini: jika anda benar-benar ingin melakukan pelan ini untuk jangka masa panjang, anda tidak perlu meninggalkan sebahagian besar perkara-perkara ini. Ia membawa banyak kegembiraan dalam hidup seseorang dari hari ke hari, dan rasa bersalah yang dibawa adalah akibat dari pembaziran, bukannya kerana perbelanjaan itu sendiri. Kuncinya adalah untuk tidak berhenti sama sekali membeli minuman latte anda, tetapi sebaliknya mengurangkan beberapa pembelian latte anda dalam sebulan. Dengan cara ini, anda masih boleh mendapatkan keseronokan yang mudah dengan menikmati latte, tetapi anda juga mendapat kegembiraan sekali sekala ponteng minum, dengan kesedaran bahawa anda ponteng minuman tersebut untuk sebab-sebab yang baik. Ternyata ia boleh menukarkan sesuatu yang boleh menjadi negatif besar (dan dengan itu membuatkan ia sangat mudah untuk berhenti dan putus asa) kepada sesuatu yang positif bersih.

Dengan apa yang telah diperkatakan, ambil sedikit masa hari ini dan semak perbelanjaan remeh yang anda telah buat pada satu-satu bulan. Anda boleh mulakan dengan mengorek penyata kredit kad bulan lepas dan penyata cek anda dan tonjolkan semua perbelanjaan yang anda buat semata-mata untuk hiburan, keseronokan mudah atau untuk hobi. Ini mungkin akan mengambil masa sedikit, tetapi ia sangat berbaloi.

Sebaik sahaja anda telah menonjolkan semuanya, semak kembali dan cuba buat anggaran kumpulan untuknya. Sebagai contoh, kumpulkan semua pembelian di kedai kopi bersama-sama, ataupun semua pembelian buku bersama, atau pembelian muzik anda bersama-sama. Gunakan kumpulan yang masuk akal kepada anda; jika anda cuba untuk menggunakan apa yang orang lain fikirkan untuk dikumpul bersama, ia tidak akan mempunyai makna untuk anda.

Sekarang, semak kembali kumpulan ini satu demi satu, dan tanyakan diri anda sama ada ia akan menjejaskan hidup anda jika anda mengurangkan pembelian dalam bidang ini. Katakan anda membeli latte besar setiap pagi di kedai kopi. Mungkin anda boleh mengurangkannya kepada empat kali seminggu, dengan dua daripadanya adalah latte biasa? Dengan cara ini, anda masih boleh menikmati latte besar anda pada pagi Isnin dan Jumaat dan masih mendapatkannya pada hari Selasa dan Rabu, dan hanya pergi ke tempat kerja pada hari Khamis dengan senyuman setelah anda mengetahui bahawa anda sedang bekerja untuk masa depan anda yang hebat. Anda juga mungkin perlu berjanji akan pergi ke perpustakaan berbanding berkunjung ke kedai buku atau kedai muzik. Ingat, jika proses pengurangan ini membuatkan anda berasa benar-benar tidak berpuas hati sama sekali, maka jangan kurangkan.

Perubahan-perubahan kecil seperti inilah yang selalunya akan memberikan perubahan yang besar; jika anda cuba untuk membuat perubahan yang besar sekaligus, tidak ada perbezaan antaranya dengan resolusi Tahun baru yang anda buat untuk berdiet dengan menghabiskan minggu pertama dengan salad. Pada akhir Januari, anda akan kembali makan kek paun dan semuanya akan menjadi sia-sia. Kuncinya adalah untuk mencari tempat-tempat di mana anda boleh memotong lebihan lemak tanpa merosakkan daging.

Esok, kita akan melihat kad kredit, yuran mereka, dan apa yang kita boleh buat untuk mengurangkannya.


Program 31 Hari Untuk Betulkan Kewangan Peribadi Anda ini saya alih bahasakan dari penulis asal berbahasa Inggeris, Trent Hamm dari website The Simple Dollar. Setelah mendapat ilmu dan ilham dari beliau, saya mengambil keputusan untuk berkongsi pengalaman saya menggunakan teknik yang beliau sarankan untuk mencapai impian saya. Semoga ia dapat membantu merealisasikan impian anda juga.

Saya mencadangkan untuk anda luangkan masa setiap hari, sekurang-kurangnya satu jam untuk 31 hari berikutnya, kerana ia akan mengubah halatuju kehidupan kewangan peribadi anda. Sudah tiba masanya untuk anda ambil langkah pertama mengubah masa depan anda. Semoga berjaya!

Leave a Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
Notify of