Kad Kredit

Hari Ke-25: Menilai Perbelanjaan Anda – Kad Kredit

Hari ini ialah hari terakhir penilaian perbelanjaan sebelum kita mulakan untuk mengikat semuanya sekali (kita sudah hampir tiba ke penghujung bulan pun), oleh itu kita akan menangani perkara besar yang mungkin masalah kewangan paling sukar di Amerika Syarikat: kad kredit. Seperti yang pernah diceritakan oleh pemegang kad kredit yang mempunyai longgokan hutang yang banyak, kad kredit adalah syaitan jahat kecil yang boleh menyelinap di atas anda dan memusnahkan semua perancangan kewangan anda jika anda tidak berhati-hati. Oleh itu, berikut adalah beberapa tips untuk menguruskan hutang kad kredit dari bulan ke bulan; luangkan masa hari ini untuk laksanakannya bagi mengurangkan perbelanjaan kad kredit bulanan anda.

Cuba lihat untuk pindahkan baki anda ke kad lain. Jika anda mempunyai kredit yang kuat, anda dengan mudah boleh mendapatkan APR 0% pada pemindahan baki sehingga 18 bulan. Dengan melakukan ini, anda boleh mengubah hutang yang mempunyai kadar faedah yang tinggi kepada hutang yang tidak ada faedah, yang bermaksud, setiap pembayaran anda akan terus mengurangkan baki kad kredit anda. Pastikan bahawa anda telah kurangkan banyak baki pada jangka masa ini, kerana ia amat menyakitkan jika terpaksa membayar faedah semula.

Minta pengurangan kadar faedah. Satu lagi saluran yang berpotensi untuk anda kurangkan kadar faedah bulanan ke atas kad kredit anda ialah dengan membuat panggilan ke nombor di belakang kad, dapatkan operator dan minta untuk bercakap dengan penyelia. Pada ketika itu, beritahu mereka yang anda terdorong untuk mengambil tawaran pemindahan baki untuk menyatukan hutang anda dan meminta supaya mereka mengurangkan kadar faedah anda. Selalunya mereka akan gembira untuk membantu kerana mendapatkan faedah yang sedikit daripada kad kredit anda adalah lebih baik daripada tidak memperoleh apa-apa.

Cari kaedah kadar faedah yang rendah untuk menyatukan hutang kad kredit anda. Anda mungkin sudah ada had kredit ekuiti rumah (Home Equity Line Of Credit) yang selalunya mempunyai kadar yang lebih rendah daripada kad kredit, jadi mungkin berbaloi untuk anda bayar kad kredit anda dengan HELOC tersebut. Satu lagi kemungkinan ialah dengan berbincang untuk mendapatkan pinjaman peribadi dengan bank tempatan anda; anda mungkin dapat menyatukan hutang kad kredit anda ke dalam pinjaman dengan kadar faedah yang lebih rendah. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna anda mempunyai kad krdit yang bersih untuk diguna semula! Tinggalkan kad kredit anda sementara waktu dan belajar untuk hidup dengan duit yang anda ada.

Berhenti menggunakan kad kredit untuk perbelanjaan seharian anda sehingga anda dapat menghapuskan semua hutang tersebut. Saya berpindah ke penggunaan cek dan wang tunai pada setiap masa, ditambah dengan kad debit, sehingga saya dapat mengawal kad kredit saya dengan baik. Saya anggap bil kad kredit saya sebagai pinjaman yang perlu dibayar, bukannya sebagai alat untuk membeli lebih banyak barangan yang saya tidak mampu. Namun, saya tidak menggunting kad kredit saya; saya hanya meletakkan kad tersebut di tempat yang sukar untuk saya akses. Kenapa? Membatalkan sekumpulan kredit kad sekaligus boleh menjadikan kesihatan kredit anda mudarat.

Esok, kita akan mula untuk selesaikan bulan ini dengan menilai semula ke mana kita telah pergi dan melihat bagaimana kita boleh mencari jalan untuk mengekalkan momentum.


Program 31 Hari Untuk Betulkan Kewangan Peribadi Anda ini saya alih bahasakan dari penulis asal berbahasa Inggeris, Trent Hamm dari website The Simple Dollar. Setelah mendapat ilmu dan ilham dari beliau, saya mengambil keputusan untuk berkongsi pengalaman saya menggunakan teknik yang beliau sarankan untuk mencapai impian saya. Semoga ia dapat membantu merealisasikan impian anda juga.

Saya mencadangkan untuk anda luangkan masa setiap hari, sekurang-kurangnya satu jam untuk 31 hari berikutnya, kerana ia akan mengubah halatuju kehidupan kewangan peribadi anda. Sudah tiba masanya untuk anda ambil langkah pertama mengubah masa depan anda. Semoga berjaya!

Leave a Reply

Be the First to Comment!

Leave a Reply

wpDiscuz