Hari Ke-26: Menghalusi Bajet Anda

Hari Ke-26: Menghalusi Bajet Anda

Sejak beberapa hari yang lepas, kita telah menumpukan perhatian pada penggalian perbelanjaan bulanan kita dan mencari tempat dimana kita boleh mengurangkan sedikit lemak. Ini akan ambil sedikit masa sebelum ia menjadi lebih jelas, jadi hari ini kita akan melihat bagaimana anda boleh memperbaiki bajet bulanan kehidupan anda apabila perbelanjaan anda mula menurun – dan wang tunai yang ada meningkat.

Pertama sekali, pada permulaan setiap bulan, anda perlu menghalusi sedikit “Bajet Kehidupan”. Ini bermakna anda perlu mengambil bajet yang anda telah sediakan pada bulan sebelumnya dan menggunakannya sebagai titk permulaan untuk membina bajet bulan seterusnya. Oleh kerana kita sudah hampir kepada akhir bulan pertama, saya akan bimbing anda melalui proses ini sekali supaya anda boleh dapat rasakan apa yang perlu dilakukan.

Pada awal bulan, ambil bajet bulan lepas anda dan semua penyata yang anda terima pada bulan berselang. Anda juga perlukan sehelai kertas kosong untuk bajet pada bulan akan datang.

Perkara pertama yang perlu anda uruskan untuk bulan seteruenya ialah jumlah pendapatan anda secara keseluruhan. Jika pendapatan anda bulan ini adalah sama seperti bulan lepas, anda hanya perlu bawa jumlah tersebut ke bajet yang baru. Jika anda mendapat kenaikan yang akan bermula pada bulan yang akan datang, masukkan jumlah ini pada bajet yang baru.

Seterusnya, kita uruskan perbelanjaan. Salin setiap perbelanjaan (tetapi bukan setiap amaun perbelanjaan) ke bajet yang baru. Kemudian, salin setiap perbelanjaan yang anda belum terima penyatanya pada bulan lepas ke atas kertas yang baru. Perbelanjaan ini tidak akan berubah.

Sekarang mari kita urus perbelanjaan dengan penyata-penyata yang baru. Untuk mengelakkan saya terlalu banyak mengelirukan anda, saya akan berikan satu contoh tentang apa yang anda perlu lakukan. Katakanlah bajet yang dahulu untuk bil elektrik ialah $100, tetapi pada bulan berselang, anda telah memasang CFL dan melakukan beberapa perkara lain, dan bil yang baru hanya bernilai $80. Daripada anda meraikannya dan terus menulis amaun yang lebih rendah pada bajet yang baru, lindungi nilai pertaruhan anda sedikit. Ambil jumlah dari bajet yang lama dan darabkan dengan 4, kemudian tambahkan amaun baru dengan jumlah tersebut. Bahagikan angka tersebut dengan 5. Itu adalah nombor yang anda perlu tulis di dalam bajet untuk bil elektrik anda pada bulan akan datang.

Silap mata ini dipanggil pemurataan wajaran, dan ia melindungi anda daripada membuat perubahan yang ketara pada satu titik data yang mungkin luar biasa atau mungkin juga tidak. Dari masa ke masa, bajet tenaga anda akan menurun. Sebagai contoh, katakanlah untuk tempoh enam bulan akan datang, bil tenaga anda akan kekal pada $80, dan kemudian apabila musim panas tiba, bil anda akan kembali kepada $100. Jika anda menggunakan pemurataan wajaran, lantunan belakang tidak akan menyakiti anda sama sekali, kerana anda akan mempunyai sedikit lebihan dari bulan-bulan yang sedikit terlebih bajet dan ia tidak akan memberikan masalah kepada anda untuk membayar bil. Walau bagaimanapun, jika ia melantun kembali tiba-tiba, bajet anda akan rosak oleh perubahan yang mengejut ini.

Jika anda betul-betul rajin melakukan penjimatan, anda mungkin akan mendapati bahawa selepas beberapa bulan, angka untuk perbelanjaan anda mungkin kekal sama atau menurun. Lebih baik lagi, anda mungkin akan melihat beberapa lebihan pada akhir bulan melebihi bajet anda. Itu sudah bagus; hanya pindahkan lebihan duit tersebut ke dalam akaun simpanan supaya ia boleh menjana faedah, dan keluarkan duit tersebut jika anda memerlukannya kembali. Malah lebih baik; jumlah yang anda peruntukkan untuk perbelanjaan bulan ini juga lebih rendah berbanding bulan sebelumnya. Apakah maksudnya ini? Lebih banyak duit untuk menghapuskan hutang dan memburu impian!

Sekarang apabila anda telah melihat penurunan sedikit di dalam perbelanjaan yang dibajetkan berbanding bulan sebelumnya, anda boleh peruntukkan duit tersebut untuk hutang dan rancangan masa depan kepada bajet anda. Nasihat saya ialah untuk menyalurkannya kepada pembayaran hutang tambahan, tetapi anda juga mungkin mahu untuk menyokong rancangan jangka panjang juga. Sekurang-kurangnya, ambil separuh dari duit lebihan dan tambahkan kepada pembayaran balik hutang, kerana kebebasan menjadi bebas hutang adalah luar biasa.

Jadi, cuma salin semua hutang dan rancangan dari bulan sebelumnya, kecuali tambahkan pengurangan dalam perbelanjaan lain kepada hutang yang anda tumpukan atau mungkin juga meletakkan sebahagian darinya ke dalam salah satu impian anda. Dan anda telah selesai sebulan lagi.

Saya suka melihat bajet semasa saya ditampal di tempat yang mudah untuk saya lihat dengan kerap, bersama-sama dengan satu peringatan yang besar: Saya gunakan Excel untuk membuat carta yang menunjukkan turun naiknya perbelanjaan dan hutang saya setiap bulan. Melihatkan kedua-dua garis ini menuju ke bawah memberikan saya peringatan besar yang saya sedang menjalani kehidupan kewangan yang sihat.

Esok, kita akan melihat beberapa cara untuk menguruskan rekod kewangan anda.

Leave a Reply

Be the First to Comment!

Leave a Reply

  Subscribe  
Notify of