Hari Ke-27: Menyimpan Rekod Yang Baik

Hari Ke-27: Menyimpan Rekod Yang Baik

Setelah anda membina sebuah bajet yang berorientasikan nilai-nilai teras kehidupan anda dan menilai kehidupan anda dari nilai-nilai yang anda temui semula untuk diri anda, sudah tiba masanya untuk kita melakukan sedikit kemasan. Bahagian pertama untuk kemasan ini ialah menyimpan rekod yang baik, sesuatu yang nampaknya terlalu banyak untuk dilakukan dan saya tidak rasa perlu pada mulanya. Apabila saya akhirnya menyerah kalah dan melakukannya, saya mendapati ia adalah satu cara yang hebat untuk berasa lebih kawalan dalam kewangan saya dan kehidupan saya secara keseluruhannya.

Mengapa anda perlu menyimpan rekod yang baik? Pertama sekali, rekod yang baik boleh melindungi anda daripada kesilapan. Jika anda mempunyai rekod kewangan yang mencukupi, anda bersedia untuk diaudit, bersedia untuk memohon pinjaman perumahan, dan bersedia untuk mengesahkan apa-apa yang mungkin orang lain akan dakwa. Kedua (dan sebenarnya lebih menarik untuk kebanyakan masa), rekod yang baik membolehkan anda untuk menganalisa kehidupan kewangan anda. Dengan segala-galanya teratur, anda sentiasa bersedia untuk apa-apa juga analisa perbelanjaan yang mungkin ingin anda lakukan.

Bagaimana saya menyusun mereka? Terdapat beberapa sistem organisasi yang bagus di luar sana; luangkan masa untuk melihat beberapa daripadanya dan pilih salah satu yang sesuai dengan anda. Ingin tahu apa yang patut anda failkan? Cuba senarai semak ini: http://cahe.nmsu.edu/pubs/_g/G-229.pdf

Apakah bahan yang saya perlukan? Jika anda baru sahaja bermula, anda akan lakukannya dengan setimbun folder dan kotak; nanti apabila sistem ini sudah berfungsi untuk anda, anda mungkin ingin melabur dalam kabinet fail. Saya sendiri tidak akan melabur dengan kabinet fail pada waktu ini, sehingga anda pasti bahawa anda benar-benar menggunakan sistem tersebut dengan kerap.

Saya tidak tahu di mana untuk bermula! Tolong! Semasa saya memulakannya, saya benar-benar terharu dengan semua kertas yang saya sumbat ke dalam laci almari, laci meja, dan kotak. Setiap kali saya terfikir untuk melakukannya, saya pasti akan segera menjumpai perkara lain untuk dilakukan. Tetapi apabila akhirnya saya duduk dan buat, proses tersebut tidaklah begitu teruk. Berikut adalah apa yang anda lakukan:

Luangkan satu tempoh masa untuk anda lakukannya. Ini adalah satu aktiviti petang yang hebat, jadi pilih masa waktu petang anda untuk mendapatkan semua item yang perlu. Pastikan anda mempunyai satu kotak yang besar dan banyak folder sebelum anda mulakan.

Cari tempat yang mempunyai ruang yang besar dan lapang. Saya gunakan lantai ruang tamu saya.

Buat longgokan bagi setiap jenis rekod yang berbeza, dan gunakan peluang ini untuk membuang semua yang tidak penting. Anda mungkin akan mendapat banyak timbunan kertas. Jangan risau tentang proses pengasingan dari dalam timbunan tersebut, hanya dapatkan semua perkara yang anda telah bina. Anda juga perlu membuang semua risalah, sampul surat dan lain-lain perkara yang tidak penting.

Susun setiap timbunan mengikut tarikh. Saya suka menyusun yang tekini di atas sekali, jadi saya menyusunnya dalam turutan kronologi terbalik.

Apabila anda telah menyusun longgokan tersebut, letakkannya dalam folder dengan lurus, labelkannya dan masukkannya ke dalam kotak. Apabila anda melihat kotak yang telah diisi dengan rekod yang tersusun, anda akan merasa lebih baik. Bagi saya, ia agak menyeronokkan untuk menonton dengan perlahan-lahan semua perkara semakin tersusun berbanding dengan keadaan huru-hara sebelum ini.

Esok kita akan melihat satu topik yang tiada siapa suka untuk fikirkan.

Leave a Reply

Be the First to Comment!

Leave a Reply

  Subscribe  
Notify of