Hari Ke-28: Persiapan Untuk Perkara Yang Tidak Dapat Dielakkan

Hari Ke-28: Persiapan Untuk Perkara Yang Tidak Dapat Dielakkan

Hari ini, kita akan bercakap tentang perancangan peninggalan anda dalam bentuk wasiat atau amanah, sesuatu yang ramai orang belum lakukan. Yang sebenarnya, ia bukanlah sesuatu yang perlu untuk semua orang – tetapi jika ia perlu, anda perlu mengetepikan sedikit masa anda untuk lakukan.

Pertama sekali, tentukan sama ada anda perlukannya sama sekali atau tidak. Saya biasanya akan tanyakan dua soalan: adakah anda mempunyai apa-apa tanggungan selain dari diri anda sendiri? Dan adakah anda mempunyai saudara-mara atau rakan-rakan yang anda berikan harta benda anda atau duit anda apabila anda meniggal dunia? Jika anda menjawab ya kepada salah satu soalan tersebut, maka adalah wajar untuk anda dapatkan pelan mengikut undang-undang yang ditetapkan. Jika anda menjawab tidak kepada kedua-dua (kebanyakan orang muda akan menjawabnya), maka tidak perlu dapatkan wasiat, kerana kematian tanpa wasiat “intestate” (secara amnya kaedah yang digunakan untuk mengurus harta benda peniggalan anda) akan melakukannya untuk anda.

Jika anda perlu membuat pelan, jangan gunakan cara yang murah dan dapatkan kit – hubungi peguam dan lakukannya dengan betul. Tanyakan kawan-kawan untuk rujukan kepada orang yang tahu mengendalikan penyediaan wasiat atau amanah anda dengan mudah dan jelas dan pastikan yang ia sebenarnya sah di sisi undang-undang di tempat anda. Yuran untuk ini biasanya tidak terlalu tinggi, tetapi dengan mengetahui bahawa dokumen tersebut disediakan dengan betul menjadikannya berbaloi untuk segala usaha anda.

Terdapat beberapa perkara asas yang anda perlu tahu sebelum anda pergi:

Pertama, wasiat adalah dokumen sebenar yang menyenaraikan apa yang anda ingin buat kepada harta pusaka anda dengan kebenaran anda. Terdapat satu kelemahan yang besar untuk wasiat: dalam kebanyakan bidang kuasa, untuk wasiat dilaksanakan secara sah, ia perlu melalui proses undang-undang yang dikenali sebagai probet untuk memastikan yang penyata wasiat anda dilaksanakan dengan betul, yang mana boleh jadi begitu mahal.

Oleh itu, sesetengah orang memilih untuk menubuhkan amanah (sering dipanggil tabung amanah boleh dibatal), satu badan undang-undang di mana seseorang boleh meletakkan semua aset mereka sementara mereka masih hidup. Amanah ini adalah terikat secara undang-undang untuk mengikut peraturan amanah tersebut, yang biasanya akan dilaksanakan apabila orang yang menubuhkan amanah tersebut meninggal dunia. Oleh kerana aset-aset ini dipunyai oleh amanah itu dan bukannya orang itu, ia sering tidak tertakluk kepada probet. Satu-satunya kelemahan ini adalah ia boleh menjadi mahal.

Sekali lagi, untuk memastikan bahawa segalanya berjalan lancar, minta nasihat undang-undang yang sewajarnya untuk memastikan anda tahu apa yang anda lakukan dengan dokumen tersebut terikat secara sah. Bagi saya, ia adalah satu perbelanjaan terbaik yang pernah saya buat.

Habiskan satu jam untuk fikirkan apa yang anda hendak buat dengan semua harta pusaka anda, kemudian hubungi peguam. Dengan mengetahui perkara-perkara tersebut terjaga apabila anda meniggal nanti akan memberikan kelegaan kepada ramai orang.


Program 31 Hari Untuk Betulkan Kewangan Peribadi Anda ini saya alih bahasakan dari penulis asal berbahasa Inggeris, Trent Hamm dari website The Simple Dollar. Setelah mendapat ilmu dan ilham dari beliau, saya mengambil keputusan untuk berkongsi pengalaman saya menggunakan teknik yang beliau sarankan untuk mencapai impian saya. Semoga ia dapat membantu merealisasikan impian anda juga.

Saya mencadangkan untuk anda luangkan masa setiap hari, sekurang-kurangnya satu jam untuk 31 hari berikutnya, kerana ia akan mengubah halatuju kehidupan kewangan peribadi anda. Sudah tiba masanya untuk anda ambil langkah pertama mengubah masa depan anda. Semoga berjaya!

Leave a Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
Notify of