Hari Ke-29: Membayar Tunai

Hari Ke-29: Membayar Tunai

Ada satu titik akhir yang mewajarkan perbincangan ini sebelum kita menutup bulan ini, iaitu di sebalik logik membayar tunai semua perbelanjaan kita yang lebih kecil daripada membeli rumah. Ini termasuk kenderaan, peralatan, perabot, elektronik dan sebagainya. Untuk kebanyakan rakyat Amerika, konsep ini adalah hampir asing, tetapi jika anda tidak mengambil satu pun maklumat dari bulan ini, membayar tunai adalah satu konsep yang perlu anda ingat.

Mengapa membayar tunai? Senang cerita, daripada membayar bank anda dengan kadar faedah, anda sendiri boleh melabur duit tersebut untuk diri anda sendiri dan dapat faedah darinya. Ini mungkin kelihatan seperti isu kecil, tetapi sebenarnya anda telah buang beribu-ribu dollar, lebih daripada cukup untuk memastikan syarikat-syarikat seperti GMAC (sebuah syarikat pembiayaan) berada di dalam keadaan kewangan yang stabil saban tahun.

Berapa banyakkan yang saya betul-betul boleh jimatkan? Jika anda membiayai sebuah kereta terpakai model terkini yang berharga $10,000 untuk 48 bulan, anda boleh jimatkan sekitar $3000 dengan hanya membayar tunai daripada mendapatkan pembiayaan untuknya. Itulah jumlah yang anda perlu bayar untuk faedah, ditambah dengan amaun faedah yang anda boleh hasilkan dari akaun simpanan. Buat demikian untuk tiga kali dan anda sebenarnya telah mendapat sebuah kereta percuma.

Bagaimana saya sepatutnya membayar tunai untuk kereta? Persoalan seterusnya yang ramai orang akan tanya ialah bagaimana mereka mungkin membayar tunai untuk kereta. Jika anda telah mengikuti rancangan ini dari awal, jawapannya cukup jelas: dana kecemasan anda. Jika anda bercadang untuk membeli kereta, mula masukkan duit ke dalam dana kecemasan anda, bukan ke dalam pelaburan atau kegunaan lain, kumpulkannya sehingga ia mempunyai nilai beberapa bulan gaji ke dalamnya. Saya cadangkan anda membuat bayaran kereta ke dalam dana kecemasan pada ketika ini, sebaik-baiknya untuk beberapa tahun. Kemudian pergi ke kedai pengedar kereta, runding harga tanpa mengatakan yang anda akan menggunakan pembiayaan mereka, kemudian tuliskan cek. Selepas itu, anda mungkin akan perlu membina dana kecemasan anda sekali lagi, tetapi anda tidak perlu lagi membuat bayaran untuk kereta anda.

Saya tidak boleh berbuat demikian sekarang! Itu betul, anda mungkin tidak boleh berbuat demikian dengan segera. Tetapi anda boleh menetapkan ia sebagai matlamat. Salah satu langkah yang besar ke arah mencapai matlamat tersebut adalah dengan menghentikan pajakan, kerana pajakan kereta membenarkan anda untuk menyewa kereta yang lebih mahal daripada kemampuan anda, namun anda tidak mendapat apa-apa pada akhirnya. Jika anda tidak memajak, beli kereta terpakai model terkini dan pandunya bertahun-tahun selepas habis tempoh pembiayaan. Sementara ini berlaku, terus membuat pembayaran kereta anda ke dalam dana kecemasan anda. Kemudian, apabila tiba masanya, anda dengan mudah boleh membeli kereta, tanpa banyak soal.

Jadi apa yang boleh saya ambil? Luangkan sedikit masa dan rancang bilakah pembelian kereta anda yang akan datang dan apakah jenis kereta yang anda ingin beli. Kemudian, kirakan angka dan lihat jika anda boleh meletakkan diri anda untuk membayarnya secara tunai. Tidak dapat beli sekarang? Dapatkah anda beli jika anda memandu kereta yang ada untuk setahun lagi? Ingat, ini pasti akan sesuai dengan bajet anda jika anda mengubah bayaran kereta anda ke dalam dana kecemasan anda, dan dalam masa beberapa tahun, dividen yang terhasil dari faedah akan meningkat dan “pembayaran” kereta anda akan mula menunjukkan diri.

Oleh kerana bulan ini hampir selesai, kita akan luangkan dua hari akan datang untuk mengemaskinikan apa-apa yang longgar.

Leave a Reply

Be the First to Comment!

Leave a Reply

wpDiscuz