Hari Ke-30: Hidup Dengan Apa Yang Anda Sayangi

Hari Ke-30: Hidup Dengan Apa Yang Anda Sayangi

Jika anda telah mengikuti pelan ini sehingga ke tahap ini, tahniah. Walaupun anda telah memilih untuk tidak mengikuti setiap perkara, anda sepatutnya telah meluangkan masa yang serius menilai kewangan dan perbelanjaan anda dan meletakkannya di dalam konteks kehidupan anda secara keseluruhan, yang meletakkan anda jauh di hadapan ramai rakan-rakan anda.

Walau bagaimanapun, realiti dunia yang membawa ramai di antara kita lupa apa matlamat kita secara keseluruhan ialah ingin berada di dalam kemahuan untuk diterima oleh semua orang dan berasa bagus. Masyarakat kita cuba untuk meyakinkan kita semua untuk berbelanja tanpa henti. Kita sentiasa dihujani dengan godaan dan peringatan betapa “hebatnya” untuk berbelanja.

Berikut adalah tujuh tips berguna yang boleh membantu anda menetapkan pola pemikiran anda di tempat yang betul, membolehkan anda untuk tinggal dengan apa yang anda sayangi setiap hari. Sebahagian daripada ini mungkin tidak sesuai untuk anda; hanya gunakan mana yang kelihatan seolah-olah boleh menjadi satu pendorong yang kuat untuk anda.

Balut kad kredit anda dalam slip kertas yang menyenaraikan matlamat hidup anda yang anda telah tetapkan pada awal bulan ini. Ia tidak seharusnya mengambil lebih daripada sedikit slip kertas. Dengan cara ini, setiap kali anda pergi untuk menarik keluar kad kredit anda, anda melihat matlamat anda di sana – dan ia menjadi satu peringatan bahawa dengan menggunakan kad ini, anda mungkin menolak jauh matlamat tersebut.

Menilai semula situasi sosial anda. Adakah anda menghabiskan malam dengan rakan-rakan sentiasa mahal? Adakah menghabiskan seharian dengan teman wanita anda melibatkan longgokan besar beg membeli-belah? Jika perkara-perkara ini adalah benar, situasi sosial anda mungkin menyebabkan anda masalah besar. Anda mempunyai beberapa pilihan: mencadangkan aktiviti-aktiviti lain dan lihat apa yang akan berlaku, keluar bersama teman wanita dan tetapkan had siling perbelanjaan anda sendiri atau “keluar” daripada kelab sosial dan cuba laburkan diri anda dengan aktiviti yang baru – dan rakan-rakan yang baru mungkin lebih sepadan dengan matlamat hidup kita.

Libatkan diri di dalam aktiviti yang murah yang sepadan dengan matlamat hidup anda. Jika nada berimpian untuk menjadi seorang penulis, jangan membuang masa anda di pusat membeli-belah. Libatkan diri dalam komuniti penulis online dan cari cara-cara untuk menghabiskan masa anda mengamalkan penulisan anda. Untuk hampir semua matlamat hidup dan impian yang anda ada, terdapat aktiviti murah yang anda boleh libatkan diri. Bagi saya, saya telah memulakan blog ini sebagai satu cara untuk menyalurkan penulisan saya dan juga mendidik diri saya mengenai isu-isu kewangan dan bukannya menghabiskan masa saya melakukan perkara lama yang sama berulang-ulang.; ia adalah satu cara yang baik untuk saya habiskan lebihan masa yang sejajar dengan nilai-nilai hidup saya, ditambah pula ia sangat murah.

Gunakan peraturan sepuluh saat. Apabila anda mendapati diri anda berkira-kira untuk membeli sesuatu, kira sampai sepuluh dan tanyakan diri anda sama ada pembelian ini benar-benar sejajar dengan matlamat hidup anda. Selalunya, anda akan dapati yang pembelian itu tidak sejajar dan ini akan memberikan anda sebab kukuh untuk meletakkan barang tersebut kembali ke atas rak atau menutup tetingkap pelayan.

Simpan “matlamat hidup” berlamina di dalam poket anda. Dengan cara ini, setiap kali anda menyeluk poket anda, anda akan terasa kad berlamina. Ia akan menjadi satu peringatan tentang matlamat anda dan membantu anda menjaga fikiran anda di atas jalan yang kuat.

Pastikan diri anda bersih. Ini nampaknya pelik untuk sesetangah orang, tetapi penampilan diri yang sihat adalah sangat bernilai. Dengan ini, saya tidak bermaksud melaburkan duit anda dalam pakaian. Maksud saya ialah melaburkan masa yang mencukupi untuk menjaga kebersihan diri anda. Anda akan berasa lebih yakin dan dalam kawalan, dan ini akan membolehkan anda untuk lebih mudah menahan panggilan siren untuk berbelanja.

Hidup dengan apa yang anda sayangi. Setiap hari, lakukan sesuatu yang selaras dengan matlamat hidup anda, dan apabila anda masuk tidur waktu malam, fikir kembali tentangnya. Tidak banyak perkara yang membuatkan saya berasa lebih baik sewaktu saya ingin tidur melainkan mengimbas kembali hari saya dan menyedari bahawa saya habiskan hari bukan semata-mata melakukan perkara rutin, tetapi sebenarnya sedang menjalani kehidupan saya yang lebih bermakna.

Leave a Reply

Be the First to Comment!

Leave a Reply

wpDiscuz