Hari Ke-31: Meneruskannya

Hari Ke-31: Meneruskannya

Sekarang dengan penghujung bulan ini telah tiba, tinggal satu lagi cabaran terakhir: bagaimana anda menjaga momentum sebaik sahaja anda telah memulakannya? Cabaran kehidupan dari hari ke hari adalah sukar dan tidak menentu, jadi bagaimana pelan ini boleh menangani keadaan kehidupan yang sentiasa berubah-ubah?

Tidak seperti kebanyakan pelan kewangan, pelan ini mempunyai sesuatu yang begitu biasa pada terasnya, iaitu anda. Oleh kerana anda berada pada teras pelan ini dan bukannya sekeping borang yang anda isi dan cuba untuk kekang hiup anda mengikutinya, pelan ini boleh berkembang dengan mudah dan berubah dengan hanya beberapa langkah mudah.

Seminggu sekali, pastikan anda melakukan kemajuan ke arah matlamat jangka pendek anda. Anda tidak perlu mencapai sesuatu setiap minggu, tetapi anda perlu ingatnya di dalam fikiran – dan selalu ambil masa untuk membuat kemajuan menuju impian anda.

Sebulan sekali, bersungguh-sungguh untuk kemaskinikan bajet hidup anda. Anda boleh lakukan hanya dengan duit sahaja, tetapi selalunya lebih baik untuk anda mengira semula waktu hidup anda bekerja untuk setiap item setiap bulan, kerana ia adalah peringatan yang sihat ke mana masa anda pergi.

Sekali setiap beberapa bulan, nilai kemajuan diri anda ke arah matlamat jangka panjang anda. Saya suka melakukannya padi hari pertama setiap musim – bukan sahaja ia meletakkan saya dalam tempoh “setiap tiga bulan”, ia juga mengingatkan saya yang masa itu berlalu dan musim juga berubah, jadi lebih baik saya teruskan bersama-samanya. Ini selalunya akan membuatkan saya tergesa-gesa dengan aktiviti baru untuk tempoh yang singkat dan beransur-ansur bergerak dengan perlahan – tetapi ia tetap memastikan saya sentiasa bergerak ke arah matlamat saya sedangkan ramai lagi yang lain masih terperangkap di tempat sendiri.

Setahun sekali, nilai semula setiap nilai-nilai hidup anda dan tanya diri anda sama ada ia sepadan dengan kehidupan anda sekarang. Apabila saya mula-mula melihat ke dalam mata anak saya, nilai-nilai hidup saya berubah sedikit, dan dengan itu matlamat saya juga berubah dengan ketara. Dari situ, tidak hairanlah bajet saya juga berubah: Saya tiba-tiba mendapati nilai yang besar untuk membeli lampin, tetapi juga nilai yang besar untuk membeli buku-buku dan mainan pendidikan untuk bayi dan kanak-kanak. Nilai-nilai saya membeli perisian komputer adalah sejajar dengan matlamat hidup saya pada waktu dahulu; sekarang, membeli blok abjad kayu untuk disusun adalah lebih sejajar dengan apa yang saya mahu lakukan.

Walaupun jika anda jatuh, tidak pernah ada satu hari pun di mana anda terlambat untuk bangun kembali. Malah jika anda mendapati diri anda mula untuk membuat perangai lama, itu bukan bermakna ia adalah masa untuk meniggalkan rancangan itu. Tabiat lama memang sukar untuk dipatahkan. Cuba jalani proses ini sekali lagi untuk mengingatkan diri anda di manakah letaknya nilai-nilai anda dan apakah matlamat anda.

Semoga berjaya.

Leave a Reply

Be the First to Comment!

Leave a Reply

wpDiscuz