Hari Ke-5: Berapa Banyakkah Kerja Anda Pada Tahun Lepas?

Hari Ke-5: Berapa Banyakkah Kerja Anda Pada Tahun Lepas?

Semalam, kita telah mengira kos sebenar pekerjaan kita sepanjang tahun tertentu – dan terkejut untuk mengetahui betapa ia sedikit sebenarnya. Sebaik sahaja anda menolak semua perbelanjaan berkaitan dengan kerja anda, seperti berulang-alik ke tempat kerja, pakaian kerja, makanan tambahan dan penjagaan anak-anak, pendapatan sebenar yang anda dapat daripada kerja anda adalah rendah dan membimbangkan.

Hari ini, kita akan melihat pekerjaan kita dari sudut berbeza: masa. Kita perlu mendapatkan gambaran yang tepat tentang berapa banyakkah masa yang anda habiskan dalam setahun untuk mengejar duit gaji anda. Sekali imbas, ia seolah-olah hampir automatik, tetapi mari kita lihat ia dengan lebih dekat.

Seperti biasa, ambil sehelai kertas. Dari atas, buat senarai setiap pekerjaan anda, dan pada sebelah kanannya, tuliskan berapa jamkah yang anda habiskan untuk bekerja (termasuk waktu makan tengah hari) pada satu-satu tahun tertentu. Jangan masukkan masa percutian anda. Jika anda bekerja lebih masa untuk beberapa hari, cuba anggarkan berapakah purata hari bekerja anda, dan kira berapa harikah anda bekerja dalam setahun (jumlah hari bekerja tolak hari cuti dan hari percutian), kemudian darabkan kedua-dua angka bersama-sama.

Sekarang, senaraikan setiap aktiviti yang anda lakukan yang berkaitan dengan pekerjaan anda di ruang bawah masa yang anda habiskan di tempat kerja. Senarai yang anda buat semalam mungkin dapat membantu, tetapi cuba fikirkan sejenak persoalan tersebut. Senaraikan semua yang anda telah lakukan, yang mana sebenarnya anda tidak perlu lakukan sekiranya ia bukan kerja anda. Sebagai contoh, sekiranya anda berpergian, anda boleh menyenaraikan hampir semua masa berjaga tanpa bekerja anda. Anda boleh menyenaraikan masa yang diambil untuk perjalanan pergi dan balik dari tempat kerja. Anda boleh menyenaraikan masa yang perlu anda ambil untuk urusan penjagaan anak-anak. Anda boleh menyenaraikan masa yang anda habiskan untuk membeli-belah untuk pakaian kerja, atau masa yang anda belanjakan untuk keluar makan malam formal atau masa yang anda gunakan untuk berkursus.

Sebagai contoh, ini adalah senarai saya:
Penjagaan anak-anak
Berulang-alik ke tempat kerja
Bekerja di luar pejabat
Melancong untuk tujuan perniagaan
Makan malam perniagaan / Parti

Bagi setiap aktiviti, senaraikan jumlah jam yang anda habiskan untuk aktiviti tersebut dalam masa setahun, sekiranya anda masih belum berbuat demikian. Letakkan jumlah ini di sebelah kanan setiap perkara, tetapi letakkan di bawah masa yang anda habiskan di tempat kerja dalam setahun di sebelah kanan sekali halaman tersebut. Saya mendapati bahawa bagi kebanyakan perkara ini, adalah lebih mudah untuk mengetahui berapa banyak masa yang anda habiskan untuk perkara-perkara ini setiap hari (seperti berulang alik ke tampat kerja atau yang berkaitan dengan penjagaan anak-anak), kemudian darabkan dengan bilangan hari yang anda kerja setiap tahun.

Sekarang jumlahkan semua angka di sebelah kanan. Itulah jumlah jam yang anda habiskan untuk bekerja dalam setahun. Bahagikan dengan 52 untuk mendapatkan jumlah mingguan anda, atau dengan 365 untuk mendapatkan jumlah harian anda (perhatikan bahawa jumlah harian ini tidak termasuk hujung minggu, jika anda mahu mengecualikannya, bahagikan dengan 260 untuk mendapat hari anda bekerja, atau dengan 250 untuk mengecualikan cuti umum sepuluh hari – anda mungkin mahu menolak hari percutian anda dari jumlah tersebut juga). Bagi saya, jumlah ini adalah pembuka mata sebenar, kerana saya mula sedar betapa banyaknya masa yang saya benar-benar ambil untuk mengejar lebih banyak duit.

Masa bekerja
Contoh jumlah masa yang saya ambil untuk bekerja dalam setahun.

Ambil masa untuk berfikir tentang latihan ini dan cari apakah yang ia maksudkan. Anda telah menghabiskan semua masa anda dengan bekerja keras, namun anda masih mendapati diri anda berada di dalam masalah kewangan. Saya menghabiskan purata 70 jam semiggu bekerja, hanya untuk mengekalkan pekerjaan saya. Apakah perkara-perkara yang saya boleh lakukan jika saya tidak perlu bekerja begitu? Apakah perkara-perkara yang saya boleh lakukan jika saya hanya melakukan kerja-kerja biasa yang rendah gajinya? Saya serahkan kepada anda untuk membuat kesimpulan sendiri, tetapi ia adalah satu persoalan yang bebaloi untuk difikirkan.

Esok kita akan melihat berapakah nilai masa anda – dan apakah maksudnya yang sebenar.


Program 31 Hari Untuk Betulkan Kewangan Peribadi Anda ini saya alih bahasakan dari penulis asal berbahasa Inggeris, Trent Hamm dari website The Simple Dollar. Setelah mendapat ilmu dan ilham dari beliau, saya mengambil keputusan untuk berkongsi pengalaman saya menggunakan teknik yang beliau sarankan untuk mencapai impian saya. Semoga ia dapat membantu merealisasikan impian anda juga.

Saya mencadangkan untuk anda luangkan masa setiap hari, sekurang-kurangnya satu jam untuk 31 hari berikutnya, kerana ia akan mengubah halatuju kehidupan kewangan peribadi anda. Sudah tiba masanya untuk anda ambil langkah pertama mengubah masa depan anda. Semoga berjaya!

Leave a Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
Notify of