Hari Ke-6: Gaji Sebenar Setiap Jam Kerja Anda

Hari Ke-6: Gaji Sebenar Setiap Jam Kerja Anda

Kita telah berjaya menentukan pendapatan tahunan anda yang sebenar pada dua hari lepas. Semalam, kita juga telah berjaya menentukan jumlah jam yang anda benar-benar bekerja dalam masa setahun. Hari ini kita akan menggabungkan kedua-dua angka – dan mempertimbangkan apakah yang angka tersebut maksudkan mengenai anda, pekerjaan anda, dan penggunaan masa anda.

Sudahkah anda bersedia untuk satu pengiraan yang besar? Ambil jumlah gaji anda yang anda telah kira pada dua hari lepas dan bahagikan dengan jumlah jam bekerja yang anda kira semalam. Anda akan dikejutkan sebentar dengan satu angka yang akan memaksa anda berfikir sejenak.

Angka ini adalah jumlah duit yang anda benar-benar bawa pulang pada setiap jam anda lakukan pekerjaan anda. Bagi sesetengah orang, angka tersebut mungkin adalah terlalu rendah. Seolah-olah terdapat banyak pekerjaan dengan pendapatan lumayan kelihatan mempunyai pendapatan yang lebih rendah berbanding gaji minimum setiap jam jika dilihat dari sudut ini. Sebagai contoh, jika anda bekerja di bawah gaji minimum dan anda menghabiskan 60 jam seminggu untuk bekerja, anda mungkin lebih baik bekerja di supermarket dengan tanggungjawab dan paras tekanan kerja yang lebih rendah.

Gaji sebenar setiap jam bekerja
Contoh gaji sebenar setiap jam kerja saya. Anda punya bagaimana?

Mungkin ramai diantara anda yang tidak setuju dengan idea supermarket saya, tetapi cuba dengar dulu apa yang saya ingin kongsikan. Seorang saudara saya (dan juga seorang rakan) telah meninggalkan satu keadaan di mana dia mempunyai pendapatan antara $40,000 hingga $50,000 setahun untuk bekerja mengelap lantai di sebuah supermarket di kawasan perumahannya dengan gaji $9 sejam. Beliau bekerja 40 jam seminggu, menaiki pengangkutan awam untuk pergi dan pulang dari kerja, dan pulang ke rumah tanpa perlu risau dengan tekanan kerja tambahan. Apa yang telah berlaku sebenarnya? Beliau telah bersemangat untuk mengejar impian beliau. Bagaimana pula dengan status kewangan beliau? Tanpa semua kos tambahan daripada pekerjaannya, beliau mungkin lebih teruk sedikit berbanding keadaan sebelumnya, tetapi apabila ditambah dengan tenaga tambahan untuk melakukan apa yang beliau minati, beliau sebenarnya adalah lebih baik dari sebelumnya dalam tempoh enam bulan.

Luangkan sedikit masa untuk pertimbangkan apakah maksud angka tersebut. Terdapat banyak kebenaran tentang kehidupan kita yang dapat dinyatakan oleh angka ini.

Jika anda membeli item yang remeh untuk $X, cuba kira berapakah jam yang anda terpaksa kerja untuk mempunyai duit untuk membelinya. Katakanlah anda sebenarnya mendapat gaji $5 untuk setiap jam yang anda laburkan untuk bekerja. Apabila anda pergi untuk membeli sepasang kasut baru yang berharga $80, tengok betul-betul kasut tersebut dan tanyakan diri anda sendiri sama ada ia berbaloi dengan nilai 16 jam anda bekerja. Apabila anda pergi untuk membeli peralatan elektronik terbaru dengan harga $300, lihatnya dengan baik dan tanyakan dalam diri anda sama ada ia berbaloi dengan nilai 60 jam masa anda yang diperlukan untuk bekerja, melakukan perkara yang anda tidak mahu lakukan.

Apabila anda membayar balik duit pinjaman, fikirkan berapa jamkah yang anda perlu bekerja hanya untuk membayar caj perkhidmatan atau bunga pinjaman tersebut. Saya dapati ini adalah satu perkara yang telah membuka mata saya. Setiap kali anda membayar baki pinjaman, cuba lihat jumlah yang anda perlu bayar untuk caj perkhidmatan atau bunga pada bulan tersebut, dan tukarkan angka tersebut kepada jam yang anda perlu habiskan untuk bekerja. Dengan contoh tersebut, caj perkhidmatan yang bernilai $100 akan bersamaan dengan dua puluh jam waktu bekerja anda, supaya anda boleh menikmati beberapa benda yang remeh sebelum anda sebenarnya boleh membayarnya.

Sesetengah orang menganggap latihan ini menakutkan; sesetengah orang lain pula merasakan yang ia dapat menaikkan semangat. Pepatah yang mengatakan bahawa masa adalah duit adalah benar samasekali; dengan menterjemahkan duit yang anda belanjakan kepada masa setiap jam hayat yang anda habiskan untuk bekerja keras, anda sering mendapati anda mungkin tidak perlukan banyak perkara pun sebenarnya. Apabila anda telah mula melakukan itu… baiklah, itu adalah latihan untuk hari esok.


Program 31 Hari Untuk Betulkan Kewangan Peribadi Anda ini saya alih bahasakan dari penulis asal berbahasa Inggeris, Trent Hamm dari website The Simple Dollar. Setelah mendapat ilmu dan ilham dari beliau, saya mengambil keputusan untuk berkongsi pengalaman saya menggunakan teknik yang beliau sarankan untuk mencapai impian saya. Semoga ia dapat membantu merealisasikan impian anda juga.

Saya mencadangkan untuk anda luangkan masa setiap hari, sekurang-kurangnya satu jam untuk 31 hari berikutnya, kerana ia akan mengubah halatuju kehidupan kewangan peribadi anda. Sudah tiba masanya untuk anda ambil langkah pertama mengubah masa depan anda. Semoga berjaya!

Leave a Reply

Be the First to Comment!

Leave a Reply

wpDiscuz