Increase Your Financial IQ – Edisi Bahasa Melayu

Increase Your Financial IQ – Edisi Bahasa Melayu

RM30.00

Ini adalah antara buku Robert Kiyosaki yang saya suka baca untuk memahami situasi kewangan saya. Mesej yang beliau sampaikan di dalam buku ini tidak diajar di mana-mana institusi pengajian tinggi. Saya amat suka membaca buku beliau kerana gaya penulisan beliau yang santai, sering mengaitkan dengan cerita tentang pengalaman peribadi dan mudah untuk kita fahami.

Sebuah buku yang amat saya sarankan jika anda ingin mengubah haluan situasi kewangan peribadi anda 180°, mengikuti haluan, matlamat dan tujuan hidup anda sendiri.

Description

Kenaikan harga barang dan perkhidmatan pada hari ini kian menghimpit keupayaan berbelanja pada rakyat Malaysia, khususnya golongan miskin dan kelas menengah. Hal ini ditambah lagi dengan taraf pendidikan yang terbatas dan tidak selari dengan kenaikan harga barang dan perkhidmatan. Saranan penjimatan pula seperti tidak masuk akal memandangkan perbelanjaan melebihi pendapatan. Yang pasti, situasi ini tidak memberi kesan kepada golongan kelas atasan. Mengapa? Jawapannya ada di dalam buku Increase Your Financial IQ.

Menerusi buku ini, Robert T. Kiyosaki memberikan lima tip penting bagi menjana financial IQ, iaitu:

  1. Menambah duit. Adakah kita mahu menghadapi masalah tidak cukup duit atau terlalu banyak duit?
  2. Melindungi duit. Adakah kita mahu duit hasil titik peluh kita dicuri secara sah?
  3. Membajet duit. Adakah kita mahu hidup di bawah paras kemampuan sehingga ke akhir hayat?
  4. Leverage duit. Adakah kita mahu mendapat hasil yang banyak dari sumber yang sedikit?
  5. Meningkatkan pengetahuan kewangan. Adakah kita mahu membiarkan predator duit terus mengawal duit kita?

“Wang ringgit bukan ukuran kekayaan seseorang, tetapi pengetahuan perihal kewangan adalah kekayaan sebenar.” – Robert T. Kiyosaki

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Increase Your Financial IQ – Edisi Bahasa Melayu”

Your email address will not be published. Required fields are marked *