Jutawan Dari Planet Jupiter!

Jutawan Dari Planet Jupiter!

RM39.90

Ini adalah buku pertama Azizi Ali yang saya beli dan baca, yang beliau tulis secara spesifiknya untuk orang kebanyakan macam kita supaya “sedar diri” tentang kepentingan mengurus kewangan peribadi kita dengan baik. Waktu saya beli buku ini lebih 10 tahun yang lalu, ia masih dalam Bahasa Inggeris. Sehingga kini, saya masih lagi membaca buku ini. Ia juga menjadi salah satu bahan rujukan yang baik untuk saya menulis blog ini.

Belajar untuk kawal kewangan peribadi anda. Jadikan duit bekerja untuk anda, dan hidup lebih gembira.

Out of stock

Category:

Description

Buku tentang pengurusan kewangan yang menarik ini boleh menempatkan anda pada landasan ke arah masa depan kewangan yang lebih cerah dan lebih baik. Ditulis dalam bahasa yang jelas, mudah difahami dengan cara-cara yang senang diikuti, ia boleh membimbing anda melalui dunia kewangan yang kompleks ke arah syurga kewangan.

Ianya sarat dengan langkah-langkah pantas yang dapat memperbaiki situasi kewangan anda dengan serta-merta dan juga strategi jangka panjang untuk mengekalkan andadi landasan ke arah kebebasan kewangan – supaya anda tidak perlu risau tentang wang lagi.

“Saya telah membaca buku ini dengan penuh minat dan saya rasa buku seperti ini seharusnya ditulis lama dahulu. Ia menjelaskan dalam bentuk yang mudah mengenai hal-hal kewangan yang mana mempengaruhi kehidupan kewangan kita. Saya amat menggalakkan agar ia dibaca.” – YB Dato’ Abdul Azim bin Dato’ Mohd Zabidi, Pengerusi Bank Simpanan Nasional

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Jutawan Dari Planet Jupiter!”

Your email address will not be published. Required fields are marked *