Think And Grow Rich – Edisi Bahasa Melayu

Think And Grow Rich – Edisi Bahasa Melayu

RM29.90

Rakaman buku ini dalam bentuk MP3 saya masih dengarkan setiap hari di dalam kereta sewaktu pergi dan balik kerja, kerana saya tahu, masa yang tidak produktif tersangkut di dalam jem boleh diisi dengan mendengar ilmu yang dicurahkan oleh Napoleon Hill.

Buku ini telah diterbitkan pada tahun 1938, selepas 20 tahun Napoleon Hill berkerja keras untuk mendapatkan dan membukukan rahsia kejayaan orang-orang yang berjaya di Amerika Syarikat pada zaman sebelum perang dunia pertama. Walaupun buku ini telah menjangkau 70 tahun, namun, segala ilmu dan prinsip kejayaan yang beliau utarakan adalah masih relevan untuk zaman sekarang. Inilah juga satu-satunya buku yang diketahui telah menghasilkan paling ramai orang-orang berjaya di dalam kehidupan mereka sepanjang terbitannya.

Buku ini sebenarnya menyingkap rahsia pembangunan kendiri, bagaimana kita membangunkan matlamat, impian hidup dan segala peraturan dan garis panduan untuk mencapai kemewahan yang kita mahukan. Hanya dengan menukarkan set minda kita ke arah yang betul, kita berupaya untuk menjadi mewah. Sebab itulah tajuk bukunya “Think and Grow Rich” dan bukannya “Work and Be Rich”.

Description

Buku-buku kewangan yang ada pada masa kini banyak mengajar pembaca supaya berjimat cermat, menabung, meningkatkan pelaburan, bersara awal, dan melangsaikan hutang secepat mungkin. Namun, tidak ada satu pun buku kewangan yang mampu menandingi buku ini. Mengapa?

Think and Grow Rich langsung tidak menyentuh soal kemahiran teknikal dalam bidang kewangan, tetapi buku ini membantu pembaca mengatasi halangan secara psikologi yang selama ini menutup jalan bagi mencapai kekayaan. Turut diringkaskan dalam buku ini ENAM langkah mencapai kekayaan:

1) Tetapkan jumlah wang yang kita mahu, bukan sekadar menyatakan dalam diri, “Saya mahu banyak wang.”

2) Kenal pasti pengorbanan mesti dilakukan demi mendapatkan wang yang kita mahukan.

3) Tetapkan tarikh yang pasti, iaitu bila kita akan mendapat wang yang kita mahu.

4) Atur perancangan bagi merealisasikan kemahuan itu. Jalankan rancangan itu walaupun kita masih belum bersedia menggerakkannya.

5) Tulis secara jelas beberapa perkara, iaitu jumlah wang yang kita mahu, masa yang diperlukan, dan pengorbanan yang perlu kita lakukan demi mendapatkan wang itu.

6) Baca semula dengan kuat perkara yang kita tulis. Baca sebanyak dua kali sehari, iaitu sebelum kita tidur dan selepas kita bangun daripada tidur.

Sumber kekayaan yang paling penting bukanlah material, tetapi aset rohani yang jauh lebih bernilai, iaitu semangat, kemahuan, visi dan matlamat, serta keupayaan mengawal minda. Semestinya Think and Grow Rich adalah karya terbaik yang mampu membimbing pembaca supaya sentiasa memanfaatkan sumber yang tidak ternilai ini.

 

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Think And Grow Rich – Edisi Bahasa Melayu”

Your email address will not be published. Required fields are marked *